'Eqiey' meninggal dua bulan selepas bapa

'Eqiey' meninggal dua bulan selepas bapa - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'Eqiey' meninggal dua bulan selepas bapa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Eqiey' meninggal dua bulan selepas bapa
link : 'Eqiey' meninggal dua bulan selepas bapa

Baca juga


'Eqiey' meninggal dua bulan selepas bapa

KOTA BHARU: "Saya tak sangka adik saya turut pergi meninggalkan kami selepas dua bulan bapa meninggal dunia,"

"Malah rupa adik saya dengan bapa cukup seiras, namun mereka berdua sudah tiada," luah Nik Noorliliwati Nik Mat, 44, kakak sulung kepada Nik Mohd Baihaqy Nik Mat, 44, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak, pada jam 3. 15 petang, semalam.

Katanya, mereka sekeluarga yang masih bersedih dengan kehilangan bapa, dikejutkan pula dengan berita kehilangan adiknya itu.

"Kali terakhir saya berjumpa dengannya ketika arwah pulang ke kampung sewaktu bapa meninggal. Ketika itu tiada perubahan yang ditunjukkan arwah.

"Biasanya setiap kali balik ke kampung, dia akan datang ke rumah saya di Kampung Kubang Keranji, di sini tetapi ketika pulang Aidiladha lalu dia tidak langsung datang ke rumah saya.

"Ketika itu, isterinya (Noor Bazlin Mohammad, 26) ada berbual dengan saya melalui telefon memberitahu suaminya nampak lain dan lebih rapat dengan tiga anak mereka berusia 10 bulan hingga 4 tahun," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Keranji, Pasir Tumboh, di sini.

Nik Noorliliwati berkata, adiknya itu sebelum ini pernah meluahkan rasa bimbang kerana dipanggil pegawai tinggi atas kesalahan lewat ke tempat kerja.

"Malah, dia ada memberitahu niatnya untuk berhenti kerja sebagai anggota TLDM kerana rasa tertekan dengan latihan yang berat akibat badannya yang semakin berisi dan tidak larat untuk mengikuti latihan.

"Saya menasihatinya yang lebih mesra dengan 'Eqiey' dalam kalangan keluarga supaya bersabar dan meneruskan kerjayanya itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keluarga reda dengan pemergian adiknya yang juga anak kelapan daripada 10 adik beradik.

Arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Limbat, di sini selepas urusan selesai.



Sumber 'Eqiey' meninggal dua bulan selepas bapa


Demikianlah Artikel 'Eqiey' meninggal dua bulan selepas bapa

Sekianlah artikel 'Eqiey' meninggal dua bulan selepas bapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: