Judul : “Tolong kemas rumah makcik, bukan tak mahu kemas rumah tapi makcik sakit”
link : “Tolong kemas rumah makcik, bukan tak mahu kemas rumah tapi makcik sakit”
“Tolong kemas rumah makcik, bukan tak mahu kemas rumah tapi makcik sakit”
Ubatkan saya, dan bantu kemas rumah. Itu rayuan seorang wanita warga emas, Zaidah Mansor, 67, yang hidup dalam longgokan sampah di rumah sendiri, kali terakhir dikemas tujuh tahun lalu.
Pesara kerajaan itu tinggal sebatang kara di rumahnya di Ampang, dekat sini, selepas berpisah dengan suami 17 tahun lalu dan dalam tempoh itu juga dia menderita bengkak kaki yang memerlukan rawatan.
Melihatkan keadaan ruang tamu rumahnya yang penuh dengan timbunan sampah, tiada siapa menyangka ada orang tinggal di situ, malah hanya ada laluan ‘cukup-cukup badan’ saja membolehkan dia bergerak setiap hari.
Zaidah berkata, dia bukannya tidak mahu mengemas rumah, tetapi faktor kesihatan menyebabkan pergerakannya terbatas sehinggakan dia sendiri akhirnya terpaksa tinggal di atas timbunan plastik, kertas dan perkakas rumah.
“Sejak tinggal sendiri, saya sering sakit dan ada masanya langsung tidak boleh bergerak.
“Lama kelamaan, rumah saya jadi seperti kawasan pelupusan sampah dan saya sudah tidak mampu untuk membuangnya. Saya pula sakit, jadi saya biarkanlah,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Sumber: Harian Metro
Sumber “Tolong kemas rumah makcik, bukan tak mahu kemas rumah tapi makcik sakit”