Judul : PM Najib mahu koperasi negara terus berdaya maju dan lestari
link : PM Najib mahu koperasi negara terus berdaya maju dan lestari
PM Najib mahu koperasi negara terus berdaya maju dan lestari
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kesemua 13,000 pergerakan koperasi di negara ini mencapai status berdaya maju, berkembang secara lestari dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.Beliau berkata gerakan koperasi terbukti dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara dan menyediakan peluang perniagaan serta pekerjaan.
Namun, kata beliau, pergerakan koperasi perlu berkembang secara terancang dan tersusun melalui kepimpinan yang berpegang teguh kepada nilai-nilai asas untuk menjadi koperasi yang berjaya.
"Saya ingin melihat koperasi di Malaysia terus berkembang. Kini terdapat lebih 7 juta anggota dan aset berjumlah RM130 bilion manakala di peringkat global, kajian International Cooperative Alliance (pada 2014) mendapati koperasi menggajikan 250 juta pekerja iaitu hampir 9 peratus daripada keseluruhan populasi pekerja dunia. "Saya mahu melihat koperasi di Malaysia menggaji pada kadar 12 peratus. Justeru itu, adalah tidak mustahil sektor koperasi negara mencipta peluang pekerjaan atau majikan yang ketiga terbesar selepas sektor swasta dan awam," kata beliau semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan keempat Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (Koprojaya) di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Pengerusi Koprojaya Muhammad Ammir Haron.
Sambil mengambil contoh Jepun, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sektor koperasi di negara itu memainkan peranan penting dalam menjana pekerjaan baharu.
"Gerakan koperasi di Jepun menyumbang 30 peratus produk isi rumah yang merupakan keluaran koperasi dengan lebih 28 juta keahlian di seluruh negara," kata beliau yang juga Penaung Koporjaya.
Najib turut memuji pencapaian Koprojaya yang berjaya meningkatkan pendapatannya sebanyak 23.86 peratus dengan pulangan 10 peratus selepas zakat buat kali keempat berturut-turut.
Sementara itu, Muhammad Ammir berkata Koprojaya akan memastukan koperasi itu menjadi platform terbaik untuk anggotanya bagi menjadikan tiga agenda koperasi berkenaan iaitu kebjikan, ekonomi dan profesionalisme terus diperkasakan.
Koprojaya mempunyai 1,398 anggota pada masa ini.
-- BERNAMA
Sumber PM Najib mahu koperasi negara terus berdaya maju dan lestari