Judul : Dikecam Suruh Buka Tudung, Ini Jawapan WIN Neelofa
link : Dikecam Suruh Buka Tudung, Ini Jawapan WIN Neelofa
Dikecam Suruh Buka Tudung, Ini Jawapan WIN Neelofa
Walaupun dihujani pelbagai kritikan dan kecaman netizen kerana penampilannya ketika berada di Itali baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Neelofa, mengatakan beliau tidak akan sesekali membuka hijabnya.
Neelofa berkata, dia lebih mengenali dirinya yang sebenar berbanding mendengar cakap netizen yang tidak henti-henti mengkritik penampilannya lapor BHarian.
“Saya tidak pernah terfikir untuk membuka tudung walaupun sesaat. Dengan penampilan bertudung, ia sudah membawa banyak kejayaan dan rezeki sepanjang saya membabitkan diri dalam industri seni ini.
“Disebabkan imej ini jugalah saya dibawa mengunjungi banyak negara oleh beberapa jenama antarabangsa untuk memperkenalkan budaya dan imej wanita Muslim,”
Kata bintang jelita itu, beliau masih tahu menjaga batas penampilan agar tidak tersasar daripada imej wanita bertudung.
“Ia bukan kali pertama saya mengenakan jeans sebegitu dan orang yang komen itu mungkin baru kali pertama melihat diri saya, serta tak mengenali siapa saya.
“Saya tahu diri ini berhijab dan memang saya mengenakan ‘inner’ (pakaian dalam) bersama jeans itu. Biasalah, orang akan cuba mencari kesalahan memandangkan penampilan saya yang sebegini, jadi pelbagai kritikan dilemparkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan beliau sebagai duta Lancome Malaysia, hari ini.
Baru-baru ini, laman sosial Instagram artis wanita itu dihujani pelbagai komen daripada netizen berhubung gambar dimuat naik beliau yang kononnya menampakkan bahagian lutut apabila memakai jeans koyak, begitu juga sewaktu dirinya mengenakan turban yang menampakkan rambut ketika menghadiri malam gala Swarovski di Milan, Itali.
Meskipun ada yang meninggalkan komen meminta beliau membuka saja hijab disebabkan penampilannya itu, Neelofa berkata, dirinya takkan sesekali berbuat begitu.
“Saya tahu siapa diri ini dan saya suka memakai sesuatu yang dirasakan selesa, bukannya disebabkan suruhan orang lain. Saya juga tidak pernah terfikir untuk membuka hijab kerana inilah yang saya pilih sejak awal memakainya dulu.
“Ini bukan pertama kali saya memakai seluar jeans koyak dan menyarung inner nude di dalam. Ketika mengacarakan Meletop pun saya pernah beberapa kali mengenakan gaya sama.
“Sebagai wanita berhijab, kita tak boleh terikat dengan satu fesyen saja, sebaliknya boleh jadi lebih bergaya. Dengan penampilan saya ini juga saya diterima dan dipandang orang luar ketika berada di Milan dan New York,” katanya.
Mengaku tidak begitu terkesan dengan komen sedemikian, Neelofa sebaliknya mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya dan aktiviti yang dilakukannya.
“Kenapa orang suka menghukum sesuatu daripada melihat apa yang saya lakukan untuk negara, agama dan budaya ketika berada di sana?
“Orang mungkin tak pernah melihat fesyen terkini dan saya memberi mereka peluang. Satu hari nanti mereka akan tahu,” ujarnya.
“Saya diundang mewakili negara ke Persidangan Belia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di New York untuk bercakap selama 20 minit mengenai kepelbagaian budaya,” katanya yang berharap, aktiviti sedemikian yang sepatutnya diberikan perhatian oleh masyarakat, bukannya perkara dianggap remeh.
Sumber Dikecam Suruh Buka Tudung, Ini Jawapan WIN Neelofa
Demikianlah Artikel Dikecam Suruh Buka Tudung, Ini Jawapan WIN Neelofa
Sekianlah artikel Dikecam Suruh Buka Tudung, Ini Jawapan WIN Neelofa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.