Judul : 5 Sebab Kenapa ‘Orang Luar’ Suka Buat Bisnes Di Asia.
link : 5 Sebab Kenapa ‘Orang Luar’ Suka Buat Bisnes Di Asia.
5 Sebab Kenapa ‘Orang Luar’ Suka Buat Bisnes Di Asia.
Ramai usahawan dari luar negara terutamanya dari Barat gemar untuk mencuba nasib dalam bisnes dengan memulakan startup di Asia.
Antara negara yang menjadi pilihan adalah China,Jepun, Korea Selatan, India,Taiwan, Malaysia, Thailand, Singapura dan Filipina.
Dikatakan, negara-negara Asia ini merupakan tempat terbaik untuk membuat bisnes yang menguntungkan dan pelaburan yang mendatangkan hasil yang lumayan.
Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan usahawan luar merasakan yang rantau Asia adalah lubuk emas bagi bisnes mereka .
#1-Persekitaran Membangun Yang Pesat.
Banyak negara-negara Asia sudah maju dan ada yang terkehadapan dari negara barat jika diukur daripada sudut pembangunan teknologi.
Asia juga semakin menjadi negara moden daripada negara membangun. Perkembangan pesat ini mengkagumkan golongan usahawan barat kerana struktur negara Asia yang pantas mengadaptasi arus inovasi dari luar.
Negara-negara Asia sememangnya dikenali kerana mempunyai sumber kekayaan yang pelbagai yang tidak dimiliki oleh negara-negara Barat.
Di kawasan-kawasan Asia yang membangun, penduduknya bersikap terbuka dalam menerima dan mencipta inovasi yang tersendiri menggunakan produk atau servis yang mereka tawarkan sendiri.
Para usahawan juga boleh bersaing dengan sengit dan adil seperti usahawan tempatan walaupun mereka bukanlah penduduk negara tersebut.
#2-Populasi Etnik Yang Besar Dan Pelbagai.
Saiz pasaran adalah salah satu kriteria penting dalam bisnes yang sememangnya menjadi sumber bagi menilai target pasaran.
Menembusi pasaran Asia bermakna anda mempunyai target pasaran yang luas dan peratusan keuntungan yang tinggi.
Penduduk Asia adalah merangkumi sebahagian populasi manusia yang besar di bumi.
Penduduk Asia juga tidak lokek berbelanja untuk membeli barangan yang berkualiti untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Target pasaran yang luas memberi satu definisi kepada usahawan iaitu kadar keuntungan yang banyak.
Apa yang menarik mengenai pengguna Asia adalah mereka bersikap terbuka dalam memberikan kepercayaan kepada produk, servis atau syarikat baharu berbanding penduduk di bahagian Barat.
Ini merupakan faktor terbesar kenapa kebanyakkan produk-produk atau servis dari negara luar direka atau disesuaikan khas untuk memenuhi keperluan dan kehendak pasaran dan segmentasi penduduk Asia.
Usahawan dari luar ini cuba untuk mencapai target pasaran sebesar yang boleh merentasi sempadan demografi dan membuatkan prospek Asia gembira.
#3-Tempat Terbaik Untuk Sumber Penemuan Baharu.
Kajian terbaharu mendapati bahawa startup yang ditubuhkan di negara-negara Asia lebih konsisten dan stabil berbanding di negara lain.
Tidak seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan kemudian hilang sekelip mata, perkembangan startup di rantau Asia menunjukkan kadar peratusan tinggi yang positif.
#4-Kelengkapan Dan Kemudahan Yang Bagus.
Ada pandangan skeptikal yang melihat negara-negara Asia masih mundur dan terkebelakang berbanding dengan negara-negara maju Eropah.
Jika begitu, penilaian mereka terhadap keseluruhan kualiti hidup penduduk Asia mungkin jauh tersasar.
Kebanyakkan bandar-bandar besar di rantau Asia dilengkapi dengan fasiliti berteknologi yang canggih seperti internet berkelajuan tinggi, peralatan dan perkakasan komputer yang futuristik dan banyak lagi.
Mana-mana usahawan yang mahu mendirikan startup mereka pasti tidak ada masalah untuk mendapatkan bahan mentah atau bantuan sistem bagi membangunkan dan memasarkan produk mereka.
Tidak ada masalah dalam mencari lokasi dan infrasturktur yang lengkap bagi memenuhi keperluan bisnes yang variasi atau spesifik. Semuanya boleh diperolehi di Asia dan sudah tentu dengan harga yang lebih murah!
#5-Kadar Harga Yang Berpatutan Dan Kompetitif.
Antara perkara yang bagus mengenai idea startup di rantau Asia adalah, usahawan merangkap pemilik bisnes boleh mencari pekerja-pekerja yang berbakat dalam bidang mereka.
Tidak perlu untuk menerbangkan kesemua pekerja dari negara asal, usahawan dari luar mendapati pekerja di negara-negara Asia mempunyai kemahiran yang tinggi.
Mereka juga mendapati budaya timur yang dimiliki oleh rata-rata penduduk Asia membuatkan budaya kerja mereka dihormati dan dikagumi oleh orang Barat.
Malah, nilai matawang yang berbeza antara dua negara menjadikan usahawan luar lebih daripada mampu untuk menggaji pekerja-pekerja mereka dengan selesa.
Bukan sahaja kos bagi menggaji pekerja lebih rendah namun pekerja Asia mempunyai gaya kerja yang berdikari, cekap dan semua ciri-ciri yang diperlukan oleh sebuah startup untuk berkembang dengan cepat,stabil dan menjana keuntungan yang lumayan.
Sumber 5 Sebab Kenapa ‘Orang Luar’ Suka Buat Bisnes Di Asia.