Judul : PROTON Jatuh Ke Tangan China! Warga Asing Dilantik CEO Baru PONSB
link : PROTON Jatuh Ke Tangan China! Warga Asing Dilantik CEO Baru PONSB
PROTON Jatuh Ke Tangan China! Warga Asing Dilantik CEO Baru PONSB
Selepas DRB-Hicom menjual 49.9 peratus sahamnya kepada Zhejiang Geely Holding Mei lalu, akhirnya jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat kereta nasional, Proton jatuh ke tangan warga China.
Li Chunrong dari Geely telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB).
Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Urusan kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam sidang akhbar bersama dengan China Geely Holding Group di Glenmarie, Selangor hari ini.
Li sebelum ini memegang jawatan timbalan pengurus besar Dongfeng Honda Engine Co, sebelum menyertai Geely pada 22 Ogos.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Akbar turut mengalu-alukan Li yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam idustri automobil China.
“Kami yakin memilih individu tepat untuk membawa Proton ke arah betul,” katanya.
Pada 8 Ogos lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, kerajaan tiada kuasa mencampur tangan soal pelantikan warga asing sebagai pengerusi Proton kerana ia terpulang kepada lembaga pengarah syarikat itu.
Geely memiliki 49.9% saham dalam Proton, selepas memeterai perjanjian bernilai RM460.3 juta dengan syarikat induk Proton, DRB-Hicom Bhd, pada Jun lalu.
Di bawah perjanjian itu, Geely akan memberi kepakaran dalam bidang pengeluaran, pembuatan, operasi dan pemasaran kepada Proton.
Bagi Fuaad pula, beliau sebelum ini dilaporkan akan melepaskan jawatan sebagai CEO pada 30 September, selepas 18 bulan menerajui Proton.
Sumber PROTON Jatuh Ke Tangan China! Warga Asing Dilantik CEO Baru PONSB
Demikianlah Artikel PROTON Jatuh Ke Tangan China! Warga Asing Dilantik CEO Baru PONSB
Sekianlah artikel PROTON Jatuh Ke Tangan China! Warga Asing Dilantik CEO Baru PONSB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.