Judul : ‘PM Tepi’ selepas ini boleh didenda sehingga RM100,000
link : ‘PM Tepi’ selepas ini boleh didenda sehingga RM100,000
‘PM Tepi’ selepas ini boleh didenda sehingga RM100,000
Memandangkan membeli-belah secara atas talian semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia, Kemen terian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperkenalkan peraturan baharu bagi membendung penipuan terhadap pengguna.KPDNKK menerusi kenyataan di Facebook hari ini berkata kebanyakan peniaga atas talian biasa menggunakan istilah “PM tepi” ketika berurusan dengan pelanggan. “PM tepi” bermaksud mesej peribadi (private message) secara peribadi.
“Mereka meminta pengguna menghubunginya melalui mesej peribadi jika ingin mendapatkan maklumat lanjut sesuatu produk.
“Mereka sebenarnya perlu memaparkan 8 keperluan atau maklumat yang disenarai mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999,” menurut kenyataan itu.
Paparan itu ialah nama penjual atau syarikat, harga perlu dibayar, nombor pendaftaran perniagaan serta maklumat untuk dihubungi.
Selain itu maklumat keterangan produk, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran juga perlu dipaparkan.
Baru-baru ini, tindakan seorang pengarah syarikat menjual perabot secara dalam talian yang mengamalkan konsep ‘PM Tepi’ di Facebook membawa padah apabila beliau kini disiasat Kemen terian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam, berkata kaedah ‘PM Tepi’ menjadi satu kesalahan dan penjual seharusnya mempamerkan maklumat lengkap mengenai produk atau perkhidmatan yang dijualnya.
“Bertindak atas aduan, pihak KPDNHEP bertindak menyerbu syarikat berkenaan, yang beroperasi sejak Ogos tahun lalu di Seri Kembangan, pada jam 2.25 petang semalam.
“Kita berjumpa dengan pengarah syarikat itu dan beliau mengakui pihaknya tidak mempamerkan maklumat yang sepatutnya seperti harga serta spesifikasi barangan yang dijual,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP Selangor, di sini.
Beliau berkata tindakan lelaki berusia 41 tahun itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 (Perbadanan) dan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan) mengikut Se ksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Katanya, sepanjang tahun lalu 7,729 aduan diterima oleh KPDNHEP Selangor dan 1,195 membabitkan aduan pengguna yang membeli barangan dalam talian.
“Bagi tahun ini pula, sebanyak 194 aduan sudah diterima membabitkan masalah pembelian secara dalam talian seperti penjual tidak pamerkan harga barang, lambat terima barang, barang yang diterima tidak seperti yang diiklankan dan lain-lain,” katanya.
Azman berkata, penjual atau peniaga perlu meletakkan maklumat yang jelas mengenai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan supaya hak pengguna tidak dic4bul.
Katanya, penjual perlu mempamerkan nama syarikat (pendaftaran), alamat e-mel atau nombor telefon yang boleh dihubungi oleh pengguna dan mempamerkan secara ringkas ciri-ciri utama barangan mereka.
“Mereka juga perlu mempamerkan harga termasuk kos penghantaran serta cukai jika ada; kaedah pembayaran yang digunakan dan terma, syarat serta sebarang jaminan pengembalian barangan jika pelanggan tidak puas hati,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak menghalang strategi yang digunakan oleh peniaga untuk menarik pembeli, bagaimanapun perlindungan terhadap hak pengguna tidak boleh diketepikan.
Sementara itu, Azman berkata, konsep ‘PM Tepi’ menjadi satu kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.
Sumber dari BH Online/theklasik
Sumber ‘PM Tepi’ selepas ini boleh didenda sehingga RM100,000
Demikianlah Artikel ‘PM Tepi’ selepas ini boleh didenda sehingga RM100,000
Sekianlah artikel ‘PM Tepi’ selepas ini boleh didenda sehingga RM100,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.