Judul : Naik motor pergi tempat kerja sebenarnya boleh jimat hampir RM10,000 setahun
link : Naik motor pergi tempat kerja sebenarnya boleh jimat hampir RM10,000 setahun
Naik motor pergi tempat kerja sebenarnya boleh jimat hampir RM10,000 setahun
BUKAN mudah untuk hidup di zaman serba mencabar ini lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang tinggi.
Boleh dikatakan ramai anak muda yang baru mula kerja memilih untuk menaiki motosikal untuk ke tempat kerja atau kemana sahaja.
Tapi tahukah anda sebenarnya itu adalah cara paling mudah untuk jimat duit hampir cecah RM10,000.
Caranya mudah sahaja adalah dengan ubah kenderaan anda terlebih dahulu. Kalau diikutkan kita ada pilihan untuk tukar kenderaan dari naik kereta ke motor terutama yang masih bujang.
Sebenarnya banyak perbezaan naik kereta dengan naik motor. Dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor, rupanya dalam setahun anda boleh jimat hampir RM10 ribu setahun dengan menaiki motor selepas mengambil kira semua kos ini.
Naik kereta (contoh Myvi)
Ansuran RM6,960 (RM580/sebulan)
Petrol RM2400 (RM200/sebulan)
Servis RM750/setahun
Roadtax RM550/setahun
Tol RM1440 (RM120/sebulan)
Lain² RM250/setahun
Total : RM12,350
Naik motor
Ansuran: RM1,800 (RM150/sebulan)
Petrol RM360 (RM30/sebulan)
Servis RM360 (RM30/sebulan)
Roadtax RM30
Total : RM2,550
Total kos kereta – Total kos motor = Perbezaan yang boleh jimat.
RM12,350 – RM2,550 = RM9,800 kita boleh jimat!
Nampak tak, dengan hanya tukar kenderaan je kita boleh jimat hampir RM10,000!
Katanya lagi, bukan tak boleh guna kereta tetapi jika anda graduan baru nak mula kerja adalah lebih baik jika banyakkan berjimat dan menyimpan untuk masa depan.
Kiraan jika nak pakai juga kereta
Tapi. Kalau perlu juga untuk beli kereta, boleh dengan syarat buat kiraan yang betul sebelum beli.
Ni contoh kiraannya,
Gaji bulanan RM3,000 x 12 bulan = RM36,000
Jadi kereta yang kita mampu beli berharga RM36,000 sahaja.
Pastikan juga bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji.
Maksudnya untuk gaji RM3,000 ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 je tau. Kalau rasa susah, naik je moto dulu.
Lebih terbaik lagi kalau kita boleh beli rumah dan banyakkan simpan duit.
Nota : Kiraan ni belum termasuk lagi bayar parking kereta bulanan. Lepas tu kena saman kereta lagi. Kalau darab dengan 1 tahun, berapa agaknya?
Sumber : cempedakcheese.com
Sumber Naik motor pergi tempat kerja sebenarnya boleh jimat hampir RM10,000 setahun
Demikianlah Artikel Naik motor pergi tempat kerja sebenarnya boleh jimat hampir RM10,000 setahun
Sekianlah artikel Naik motor pergi tempat kerja sebenarnya boleh jimat hampir RM10,000 setahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.