Judul : Kumpulan Bikers NZ Berjanji Akan Kawal Keselamatan Di Masjid Ketika Solat Jumaat Hari Ini...
link : Kumpulan Bikers NZ Berjanji Akan Kawal Keselamatan Di Masjid Ketika Solat Jumaat Hari Ini...
Kumpulan Bikers NZ Berjanji Akan Kawal Keselamatan Di Masjid Ketika Solat Jumaat Hari Ini...
Peristiwa masjid berd.arah di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu yang meng.orbankan 50 nyawa serta mence.derakan lebih 20 jemaah ternyata memberi kesan mendalam kepada umat Islam di seluruh dunia.
Susulan insiden tersebut, beberapa kumpulan bikers di New Zealand berikrar akan mengawal di luar masjid di New Zealand ketika solat Jumaat esok.
Kumpulan-kumpulan tersebut berjanji akan melindungi komuniti Islam di negara itu. Menurut salah seorang ahli, mereka akan menyokong dan membantu saudara-saudara Muslim seberapa lama mereka memerlukan.
Menurutnya lagi, ada pihak memaklumkan ramai komuniti Muslim takut untuk menunaikan solat Jumaat esok susulan insid.en tem.bakan rambang yang berlaku minggu lalu.
Antara kumpulan bikers yang terlibat adalah The Mongrel Mob, King Cobra dan The Black Power. Kesemua kumpulan bikers tersebut amat digeru.ni di New Zealand.
Dalam pada itu, Dr Asad Mohsin, wakil komuniti Islam disitu menzahirkan rasa terharu dan begitu menghargai usaha yang dilakukan oleh kumpulan bikers tersebut.
Beliau turut mengalu-alukan kumpulan tersebut untuk masuk ke masjid dan berdoa bersama serta terbuka untuk mempelajari tentang Islam.
Diharap perpaduan ini dapat dikekalkan sekaligus mengukuhkan lagi hubungan tanpa mengira bangsa dan agama walau di mana sahaja.
Sumber Kumpulan Bikers NZ Berjanji Akan Kawal Keselamatan Di Masjid Ketika Solat Jumaat Hari Ini...
Demikianlah Artikel Kumpulan Bikers NZ Berjanji Akan Kawal Keselamatan Di Masjid Ketika Solat Jumaat Hari Ini...
Sekianlah artikel Kumpulan Bikers NZ Berjanji Akan Kawal Keselamatan Di Masjid Ketika Solat Jumaat Hari Ini... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.