Judul : 3 STRATEGI BISNES FASA PERTAMA
link : 3 STRATEGI BISNES FASA PERTAMA
3 STRATEGI BISNES FASA PERTAMA
Penulis: Nadia Nazri
#1-Tambah Nilai Untuk Pengenalan Produk Baharu
Jika anda berniat untuk kekal lama dalam bisnes, anda harus sentiasa peka dengan trend semasa. Ini penting untuk membolehkan anda bersaing dengan syarikat atau produk lain secara sihat, mengurangkan kerugian, memaksimakan keuntungan sekaligus memberikan pelbagai pilihan kepada pembeli. Ramai peniaga di luar sana menjual produk orang lain atau menjual benda ‘viral’ yang bersifat sementara. Walaupun mendatangkan keuntungan, namun sukar untuk konsisten dalam perniagaan yang sama dalam tempoh yang lama. Misalnya, jika dulu, ramai peniaga pasar malam menjual ‘potato spring’ kerana viral, tetapi kini, musim membelinya bertukar suam-suam kuku dan peniaga terpaksa mencari alternatif lain seperti menukarkan produk jualan. Dalam memilih satu produk untuk dijual , kita hendaklah berhati-hati agar tidak tersalah memperkenalkan produk yang tidak dapat kekal lama dalam pasaran.
Kita juga harus bersedia dan fleksibel dalam menghadapi perubahan dalam pasaran. Lihat contoh syarikat-syarikat telefon yang berlumba-lumba memperkenalkan produk baharu dengan kerap seperti OPPO, VIVO, SAMSUNG dan lain-lain. Mereka bukan sahaja bersaing sesama sendiri akan tetapi produk mereka turut bersaing sesama sendiri dalam syarikat yang sama. Ini penting untuk menambah bilangan pelanggan dan kekal dinamik dalam pasaran. Sama ada anda berniaga produk sendiri atau produk orang lain, pastikan anda memilih produk yang ada nilai tambah yang diperlukan oleh pelanggan dalam tempoh yang lama. Buat penambahsuaian mengikut kehendak semasa pasaran. Belajarlah daripada syarikat gergasi yang pernah berjaya seperti Kodak yang pernah suatu ketika dahulu mendominasi pasaran media dan perfileman akan tetapi berakhir dengan tragedi penutupan syarikat yang tidak dapat diselamatkan kerana tidak berubah mengikut permintaan pasaran.
#2-Kaji & Cari Pasaran Baharu
Jika anda baharu bermula, jangan terus bercita-cita tinggi untuk bersaing dengan pesaing anda yang paling kuat. Anda harus kaji dimanakah anda patut bermula dan seharusnya, anda mencari ruang pasaran baharu untuk produk anda sendiri. Pasaran baharu bermakna, anda akan berjumpa dengan pelanggan-pelanggan baharu yang juga memerlukan produk anda. Dengan adanya sokongan ekonomi daripada pasaran baharu, anda akan mendapat ruang masa yang cukup untuk mengukuhkan syarikat anda dan seterusnya membuat keuntungan untuk pastikan syarikat dapat bernafas dan mengembangkan bisnes. Dengan ini, syarikat anda akan lebih bersedia untuk menghadapi pesaing yang telah lama mendominasi pasaran sedia ada. Seperti contohnya, anda menjual roti buatan sendiri. Meski lazat setahap mana sekalipun pasti agak sukar untuk bersaing dengan jenama roti yang terkenal seperti Gardenia atau Massimo. Bukan mudah juga untuk memasuki pasaran bagi jenama roti yang belum terkenal seperti anda. Jadi, bertindaklah secara bijak, cuba buat kajian dan kenal pasti kawasan yang penduduknya sukar untuk mendapatkan bekalan roti segar. Anda juga boleh membekalkannya ke kilang-kilang, kantin sekolah dan banyak tempat lagi. Dengan cara ini, anda tidak perlu bersaing dengan kuat dengan syarikat atau entiti bisnes lain pada awal permulaan bisnes. Fokus kepada janaan keuntungan dan pulangan modal bisnes terlebih dahulu sebelum mengorak langkah yang lebih besar kerana kita tidak boleh bersaing dengan keadaan syarikat yang masih baharu dan rapuh. Takut terlingkup sebelum sempat bermula. Pasti memenatkan untuk bermula semula berkali-kali tanpa perancangan strategi dan hasil yang jelas.
#3-Berikan Karekteristik Unik Kepada Produk Anda
Sebagai peniaga, kerja kita bukan hanya sekadar menjual akan tetapi harus mengambil berat mengenai produk anda. Sebagaimana anda jaga pelanggan anda, anda juga harus produk anda. Bukan sekadar jual apa yang orang jual, anda harus tahu untuk membezakan produk anda berbanding produk orang lain dalam pasaran meskipun itu adalah jenama yang sama. Jika itu bukan produk anda sendiri, anda boleh menambah keunikan dengan ‘upgrade’ servis anda lebih baik daripada pesaing anda. Anda juga boleh berikan harga promosi yang berlainan. Boleh jugak menggunakan idea kreatif seperti menukar rekaan pembungkusan dan sebagainya. Contohnya, begitu ramai orang menjual mesin penapis air seperti Cuckoo dan Coway diluar sana namun apa yang membuatkan pelanggan rasa mereka perlu beli daripada anda berbanding ejen lain? Fikir-fikirkan.
Sumber Rujukan:
https://ift.tt/2TkEC89
Sumber 3 STRATEGI BISNES FASA PERTAMA