Judul : Gara-gara Fake Braces, Bibir jadi bernanah dan demam panas berlanjutan selama 3 hari, sungguh menakutkan!
link : Gara-gara Fake Braces, Bibir jadi bernanah dan demam panas berlanjutan selama 3 hari, sungguh menakutkan!
Gara-gara Fake Braces, Bibir jadi bernanah dan demam panas berlanjutan selama 3 hari, sungguh menakutkan!
Gara-gara ingin mencantikkan susunan gigi, ramai remaja mengambil jalan mudah dengan mendapatkan perkhidmatan ‘fake dentist’. Selain menawarkan harga yang rendah, perkhidmatan ini turut menawarkan servis ke rumah.
Menerusi Facebook Azila Dentist, dia berkongsi pengalaman seorang gadis mengalami penderitaan gara-gara memasang braces menggunakan perkhidmatan ‘fake dentist‘.
Teruja melihat kawan-kawan pakai braces
HARGA BRACES YANG SANGAT MURAH❓❓❓
PERLU MUSYKIL..ADA KETIDAKJUJURAN DISITU🤔
Johor Baharu- Seorang perempuan melayu, tiada masalah kesihatan dan hanya alahan pada udang sahaja. Kawan-kawan sekeliling di tempat kerja sudah memakai braces dengan tukang gigi yang dikenali melalui instagram..
Setelah beliau melihat perubahan yang berlaku pada gigi kawan-kawan, membuatkan diri teruja hendak memakai braces juga.. Dengan harga serendah RM190, gigi menjadi cantik dan rapat, setiap bulan tukar chain sama seperti pakar pergigian orthodontic lakukan…mereka pakai tanpa tujuan, hanya suka-suka dan mengikut “trend” semasa anak-anak muda masa kini.
Bermulalah sejarah hitam adik ni..😓Beliau menghubungi fake dentist ini dan temujanji diatur. Fake dentist datang ke rumah, rawatan dimulai dengan cuci...menurut ceritanya gigi dicuci dengan sejenis cecair berwarna biru, dan berasa sangat pedih dan sa-kit.😖
Selepas 1 minggu pemasangan braces, bibir mula bengkak dan muka juga turut bengkak beserta demam (rujuk foto).. Adik ini menghubungi "fake dentist" tersebut tetapi jawapannya.. itu memang prosedur biasa selepas pemasangan braces..
Adik ini pergi ke klinik kerajaan bahagian perubatan, beliau di rujuk kes ini kepada bahagian pergigian. Pihak pergigian klinik kerajaan tidak dapat menanggalkan braces tersebut kerana mereka tidak mempunyai peralatan untuk "debond" atau buka braces. Lagipun mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk membuka “fake braces”, ini prosedur KKM. Pada masa itu adik ini juga belum bersedia untuk membuka braces nya.
Kebetulan cuti panjang iaitu sempena perayaan Tahun Baru Cina, beliau bercadang mahu membuat temujanji untuk membuka braces di klinik gigi swasta. Malangnya banyak klinik gigi yang tutup.
Pada masa itu bibir mula bernanah, demam panas tak boleh bangun selama 3 hari!!!
Beliau pergi pula ke klinik kesihatan dan sampel dara-hnya diambil. Keputusan ujian da-rah sahih ada jangkitan kuman melalui "fake braces" dan bukan disebabkan pemakanan udang beberapa hari sebelum kejadian. Beliau di tahan di wad selama 2 hari.. Menderita sangat...😭😭😭
Setelah selesai CNY, beliau pergi klinik pergigian swasta yang buka, pada masa itu doktor gigi swasta yang membuka fake braces tersebut dan bayaran rawatan yang dikenakan RM650.
Berbaloi ke keluar modal RM190 untuk fesyen gigi❓ Tapi hasilnya menderita kesa-kitan dan DUIT TERBANG💸💸💸 RM650.
Baguslah bagi income lebih kepada kami.. doktor gigi swasta ya 😊.. tapi anda yang menderita. Fikir-fikirlah adik-adik dan ibu bapa sekalian..
Please semua, sekiranya ada kes mengenai medical/dental/farmasi atau apa-apa berkaitan KKM..Sila buat ADUAN ke SISPAA KKM.
Bagi sekali link FB dan IG dia. Sekali dengan screenshots.
Kalau kita tak report, KKM takkan tahu.
Ayat simple je. Ini contoh..
'Saya ingin membuat aduan tentang rawatan Pergigian yang dijalankan oleh seorang individu bernama ___________ yang berada di lokasi ___________.
Saya percaya yang dia bukan seorang doktor gigi bertauliah, tidak berdaftar dan tidak berlesen dengan MDC tetapi dia dengan sewenang-wenangnya memberikan rawatan pergigian kepada kliennya.
Saya meminta KKM menyiasat dakwaan saya ini kerana saya bimbang terdapat penyelewengan dan penipuan yang mungkin berlaku di premis itu yang dilakukan oleh individu yang tak berkelayakan.'
Ringkas. Mudah. Senang. KONGSIKAN.
Kita mesti bersama-sama usaha nak hentikan makhluk "FAKE" macam ni. Jangan hanya komplen di Media Sosial sahaja. Kita kena buat tindakan susulan. Ini tanggungjawab sosial kita.
Ni link untuk SISPAA KKM. Thanks.
https://ift.tt/1qQPeNy
Azila Dentist
Post mangsa
Sumber: Azila Dentist via ohbulan.com
Sumber Gara-gara Fake Braces, Bibir jadi bernanah dan demam panas berlanjutan selama 3 hari, sungguh menakutkan!
Demikianlah Artikel Gara-gara Fake Braces, Bibir jadi bernanah dan demam panas berlanjutan selama 3 hari, sungguh menakutkan!
Sekianlah artikel Gara-gara Fake Braces, Bibir jadi bernanah dan demam panas berlanjutan selama 3 hari, sungguh menakutkan! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.