Judul : Noraniza Idris kongsikan kisah hidupnya ketika berusia 7 tahun yang pasti membuatkan anda sebak,tidak semua orang bertuah...
link : Noraniza Idris kongsikan kisah hidupnya ketika berusia 7 tahun yang pasti membuatkan anda sebak,tidak semua orang bertuah...
Noraniza Idris kongsikan kisah hidupnya ketika berusia 7 tahun yang pasti membuatkan anda sebak,tidak semua orang bertuah...
Lebih tiga dekad bergelumang dalam seni, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hati Kama dan Dikir Puteri ini berkongsi rasa perihal kisah nyanyian dan sisi peribadinya menerusi program Di Balik Idola, baru-baru ini.
Bercerita mengenai zaman kanak-kanak, Noraniza mengakui dia bukanlah dibesarkan di dalam keluarga yang senang.
Dibesarkan dalam keluarga yang besar dan adik-beradik yang ramai, Noraniza mengakui pernah berhadapan dengan waktu sukar dan pernah mengalas perut hanya berbekalkan nasi dan air garam.
Dek kehidupannya itu, Noraniza seperti yang dipetik turut memberitahu, dia juga terpaksa tinggal bersama atuk, seorang tukang andam dan bidan yang jauh lebih senang berbanding keluarga sendiri.
“Kenapa saya sangat menghargai mak dan abah, lalu perturunkan kepada anak-anak dan anak-anak didik, kenang jasa mak dan abah. Memang arwah mak dan abah keluarga yang susah, kais pagi makan pagi.
“Sampai suatu ketika saya dengan mak saya ada komunikasi dengan atuk sebab abah tak mampu nak beli kasut sekolah. Sampai mak saya kata pada atuk, jagalah. Kami tak mampu nak tampung.
“Atuk pun cakap kemas barang ikut atuk kat rumah, boleh makan ayam hari-hari. Jaga dan tolong atuk masak, atyuk bagi RM10 sebulan. Saya sukalah dengar. Rupanya saya tak dapat jumpa emak. Ketika itu saya berusia 7 tahun, saya tanya pada atuk…,” katanya dalam nada sebak.
Selepas ditanya, atuk memberitahu ibu bapanya sedang sibuk mencari nafkah.
“Atuk kata mak abah kau kerja. Tak apa, atuk boleh bagi macam-macam, tia-tiap minggu bila atuk pergi majlis kahwin bawa Nasi Minyak yang kami adik beradik suka. Tapi masa saya makan, saya rasa kosong. Adik beradik mak ayah tak ada.
“Kalau mak abah datang, saya peluk mereka. Sampai saya dengar atuk cakap kau jangan datang, nanti Ani nak ikut baik. Hingga abah jumpa saya curi-curi jumpa di sekolah dan bagi duit,” kongsi Noraniza yang menyatakan bapanya bukanlah seorang yang memberi ekspresi kasih sayang secara terang-terangan.
“Sebab itulah saya selalu pesan, ingat salam mak…Cium tangan habis-habis. Ini adalah restu. Bila restu ibu bapa kepada kita, aura positif masuk dalam jiwa kita sebagai anak dan itulah rahsia kejayaan kita sampai bila-bila,” katanya.
Foto: Instagram Noraniza Idris, Sumber: YouTube
Artikel dari mediahiburan.my
Sumber Noraniza Idris kongsikan kisah hidupnya ketika berusia 7 tahun yang pasti membuatkan anda sebak,tidak semua orang bertuah...
Demikianlah Artikel Noraniza Idris kongsikan kisah hidupnya ketika berusia 7 tahun yang pasti membuatkan anda sebak,tidak semua orang bertuah...
Sekianlah artikel Noraniza Idris kongsikan kisah hidupnya ketika berusia 7 tahun yang pasti membuatkan anda sebak,tidak semua orang bertuah... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.