Judul : Dr Amalina Bongkar Produk 'Merapu' Tuala Wanita Yang Kononnya Boleh Kuatkan Otot Pelvis
link : Dr Amalina Bongkar Produk 'Merapu' Tuala Wanita Yang Kononnya Boleh Kuatkan Otot Pelvis
Dr Amalina Bongkar Produk 'Merapu' Tuala Wanita Yang Kononnya Boleh Kuatkan Otot Pelvis
Kemunculan macam-macam jenis produk kat pasaran sekarang telah menimbulkan keraguan sama ada produk-produk ni betul berkualiti ataupun tidak.
Bila banyak produk ‘merapu’ macam ni jadi perhatian ramai, ia menjadi tugas seorang doktor seperti Dr Amalina dan lain-lain untuk menegur supaya orang ramai tak terjebak dalam penipuan.
“Tuala wanita ajaib pulak dah, macam-macam ada”
Menerusi Twitter Dr Amalina Bakri, dia berkongsi posting daripada rakan seperjuangan Dr Imelda Balchin yang mendedahkan beberapa seller menjual satu produk yang dinamakan ‘tuala wanita ajaib’.
“Begini punya temberang pun saluran TV boleh benarkan penjual beli slot siaran berbayar?”
Berkongsi pemikiran yang sama dengan rakan seperjuangan lain, Dr Rusyainie di Facebook jugak meluahkan pendapat yang tuala wanita ajaib ini sebenarnya tak boleh pun menyembuhkan penyakit seperti lemah kawalan kencing, meregulasi haid dan kuatkan otot pelvis.
Nah explanation panjang lebar beliau:
TUALA WANITA YANG BOLEH MERAWAT LEMAH KAWALAN KENCING???
Saya memang tergelak bila Prof. Dr. Imelda Balchin kongsikan screenshots di bawah. Biar benar? Begini punya temberang pun saluran TV terkemuka boleh benarkan penjual membeli slot siaran berbayar? Mana tanggungjawab sosial mereka?
Tak ada tuala wanita yang boleh merawat lemah kawalan kencing. Tak ada. Tuala wanita kan gunanya untuk luaran. Kalau tampon pun tak boleh. Bagaimanalah agaknya boleh merawat penyakit? Bukankah itu sesuatu yang langsung tak masuk dek akal? Ion negatif boleh menguatkan otot pelvis? Bagi saya mekanismanya sebab bunyinya sungguhlah bombastik tapi hujungnya? Penipuan terang benderang.
Tuala wanita ni boleh meregulasikan haid? Magik sangat tuala wanita ni bunyinya. Lapik di kemaluan tapi boleh bertindak sebegitu rupa.
Dalam Bahasa Inggeris, lemah kawalan kencing yang disebut dalam screenshot yang saya kongsikan tu, disebut URIN-ARY INCON-TINENCE. Ia bermaksud kegagalan untuk mengawal pundi kencing atau urin bocor.
Urin dihasilkan di buah pinggal dan disimpan di pundi kencing. Sistem anatomi dan fisilogi yang terlibat dipanggil GenitoUrinary Sistem.
Pundi kencing dikawal oleh otot di sekelilingnya yang mengetat dan ia menghantar signal kepada kita untuk membuang air kecil. Dan seterusnya menyebabkan urin keluar dari pundi kencing melalui saluran yang dipanggil uretra. Uretra pun ada otot di sekelilingnya yang menjadi longgar supaya urin boleh keluar.
UI terjadi apabila otot pada pundi kencing mengetat tapi otot pada uretra tak cukup kuat untuk menutup pintu salurannya. kan selalu kita rasa nak terkencing sangat tapi kita masih boleh menahannya sebab otot uretra ni boleh berfungsi dengan baik. Kadang kala ada masalah saraf pada salah satu otot pundi kencing atau uretra, maka UI juga boleh berlaku. Pernah juga kan kita terkencing bila kita terbersin kuat, batuk tak berhenti, ketawa terbahak-bahak atau bersenam, tu disebabkan tekanan yang berlaku pada otot pundi kencing.
Bila ada UI, pesa-kit boleh terkencing sikit atau terus banyak bergantung pada tahap seriusnya masalah UI dia.
UI berlaku 2x lebih kerap pada wanita berbanding lelaki dan lebih mudah terjadi pada wanita yang lebih berusia.
Wanita ni Allah jadikan ada otot pelvis yang menampung pundi kencing, uretra dan juga rahim dan usus. Bila wanita mengandung, melahirkan dan selepas putus haid, otot pelvis menjadi lemah atau rosak. Bila keadaan ni terjadi, maka otot pada pundi kencing dan uretra itu sendiri terpaksa bekerja kuat untuk menghalang UI terjadi. Kalau kita bandingkan anatomi uretra lelaki dan wanita, yang lelaki lebih panjang maka secara logiknya memang lebih mudah la wanita mendapat UI sebab kurang otot keliling uretra untuk menghalangnya terjadi.
UI ni bukan diagnosis. Ia adalah simptom yang diagnosis boleh ditentukan selepas pemeriksaan lengkap. Pada masa yang sama, pes-akit mungkin mengalami simptom lain seperti rasa senak pada bahagian bawah abdomen menyebabkan rasa nak terkencing yang tak boleh ditahan-tahan, perhi ke tandas untuk membuang air kecil >8x sehari pada waktu siang atau >2x pada sebelah malam. Ada juga pesa-kit terkencing ketika tengah tidur tanpa disedari.
Risiko untuk mendapat UI:
1. Mengandung
2. Melahirkan anak
3. Menopos
4. Berat badan berlebihan atau obes
5. Sembelit yang berpanjangan - bila dok meneran saja bila nak membuang, ia secara langsung menyebabkan tekanan pada pundi kencing juga sebab kedudukan anatomi kedua-duanya dekat-dekat.
6. Kero-sakan pada saraf yang mengawal otot pundi kencing dan uretra seperti Kencing manis yang tidak dikawal dengan baik dan multiple sclerosis.
7. Pembedahan yang melibatkan organ pelvis seperti hysterectomy berisiko untuk memberi kesan kepada otot pelvis.
8. Mero-kok
Ada UI yang bersifat sementara seperti
1. Pengambilan ubat seperti Furosemide yang digunakan sebagai diuretic atas saranan doktor untuk mereka yang mempunyai peny-akit kronik.
2. Minum minuman berk-afein dengan kadar berlebihan. Ka-fein mempunyai kesan diu-retic kalau kuantiti banyak.
3. Jangk-itan kuman pada ure-tra dan pundi kencing.
Bagaimana nak menangani UI
1. PERGI DAPATKAN NASIHAT DAN RAWATAN DENGAN DOKTOR.
2. Amalkan senaman Kegel - gunanya untuk menguatkan otot pelvis.
3. Kuruskan badan - berat badan berlebihan menyebabkan beban terlebih yang dibawa pada pundi kencing.
4. Mengawal pengambilan kaf-ein dalam kopi, teh dan minuman berkarbonat.
5. Merawat masalah sembelit dengan berjumpa doktor dan mengambil makanan yang tinggi serat dan minum air sekurang-kurangnya 1-2 liter sehari.
6. Berhenti merok-ok.
Sudah-sudahlah menipu. Tuala wanita yang dijual di pasaran yang berjenama terkemuka pun tak buat sebarang tuntutan perubatan. Mentang-mentanglah sistem bonus menanti sampai melebih-lebih pula bani tuala wanita ni jadinya.
dari fb Rusyainie Ramli
Ada betul jugak kata doktor ni. Penyakit dalam badan mustahil boleh disembuhkan hanya dengan pakai tuala wanita kan? Emmm…
“Ini baru tuala wanita ajaib. Doktor mesti tak pernah dengar pasal ‘Pantyliner Jimat Elektrik’ kan?”
Disebabkan Dr Amalina ni duduk kat oversea, produk tuala wanita ajaib ni mungkin antara produk yang paling peliklah yang dia pernah dengar kan agaknya?
Tapi sebenarnya ada yang lagiii pelik daripada produk ni iaitu Pantyliner Jimat Elektrik. Korang mesti pernah dengar kan? Haa mau pening jap Doc Amalina baca pasal produk ni.
Aduh tepuk kepala berkali-kali admin baca pasal produk-produk kat atas ni. Apa-apapun admin tak menghalang korang untuk terus gunakan produk kat atas ni kalau korang percaya akan keberkesanannya. Cuma lebih baik rujuk mereka yang lebih arif kalau ia berkaitan penyakit dalam badan untuk elak mudarat yang lebih buruk.
Sumber: lobakmerah
Sumber Dr Amalina Bongkar Produk 'Merapu' Tuala Wanita Yang Kononnya Boleh Kuatkan Otot Pelvis
Demikianlah Artikel Dr Amalina Bongkar Produk 'Merapu' Tuala Wanita Yang Kononnya Boleh Kuatkan Otot Pelvis
Sekianlah artikel Dr Amalina Bongkar Produk 'Merapu' Tuala Wanita Yang Kononnya Boleh Kuatkan Otot Pelvis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.