Judul : Wanita yang mempunyai punggung besar sebenarnya lebih bijak dan sihat
link : Wanita yang mempunyai punggung besar sebenarnya lebih bijak dan sihat
Wanita yang mempunyai punggung besar sebenarnya lebih bijak dan sihat
PUNGGUNG atau pinggul wanita antara bahagian yang cukup sensitif untuk diperbahaskan sesetengah masyarakat.
Malah subjek ini jika tidak kena dengan gayanya boleh dianggap sebagai topik se-ksual.
Ada wanita yang malu memiliki punggung besar kerana sering menjadi perhatian lelaki, namun itu dianggap ‘aset’ daya penarik khususnya menggayakan sesuatu pakaian.
Bagaimanapun, dalam ilmu perubatan, memiliki punggung yang besar bukan saja salah satu aset kecantikan wanita malah mampu menghalang daripada menghidapi pelbagai peny-akit kronik, selain memiliki kebijaksanaan.
Kajian sekumpulan pelajar dari Universiti Oxford, Amerika Syarikat, tahun lalu yang menganalisis data 16,000 wanita, mendapati mereka yang memiliki punggung besar rata-ratanya tidak hanya lebih pintar tetapi mempunyai ketahanan badan melawan pelbagai peny-akit kronik.
Ketua Penyelidik Kajian, Prof Dr Konstantinos Manolopoulos, berkata kajian mendapati lemak yang tersimpan di paha dan punggung melindungi tubuh daripada peny-akit kronik seperti jantung dan diabetes.
Mempunyai punggung besar akan merangsang pembentukan hormon leptin dalam badan wanita dan hormon bertanggungjawab untuk mengawal berat badan.
“Pada masa sama, hormon dinopectina bermanfaat menjadi ejen anti-radang, jantung dan anti-diabetes.
“Tisu adipose pula mampu memerangkap zarah lemak di punggung dan menghalang peny-akit kardiovaskular.
“Ini kerana lemak pada bahagian itu menyimpan asid lemak bagi menjaga kestabilan tubuh,” katanya.
Dr Konstantinos berkata, lemak dalam tubuh mempengaruhi kesihatan dan tahap kecerdasan seseorang, namun lemak pada perut meningkatkan risiko pen-yakit, sebaliknya lemak di punggung beri kelebihan.
“Perlu diingat, lemak perut dan lemak badan dianggap tidak sihat dan boleh menyebabkan banyak masalah kepada kesi-hatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.
“Penemuan kajian ini menunjukkan wanita dengan postur tubuh lebih tinggi cenderung mempunyai kolesterol dan glukosa lebih rendah dan tahap lemak Omega 3 yang lebih tinggi bagi perkembangan otak,” katanya.
Info
Makanan membantu anda menegangkan punggung dan beberapa senaman yang berkesan:
• Protein - Anda disyorkan minum ‘protein shake’ selepas senaman.
• Karbohidrat - Beras coklat, oat, bijirin dan ubi membantu mengekalkan otot yang baik.
• Lemak - Tidak seperti lemak tepu, lemak yang baik memberi pelbagai manfaat kesihatan.
- Membantu berat badan ideal.
- Antara makanan patut diambil ialah minyak ikan, minyak zaitun, badam, walnut, dan mentega kacang.
• Sayur-sayuran - Bayam, kailan, brokoli dan sayuran hijau kaya dengan antioksidan.
• Senaman - Rutin senaman untuk membentuk punggung yang menarik seperti squats, butt bridges dan lunges.
Sumber : berita harian
Sumber Wanita yang mempunyai punggung besar sebenarnya lebih bijak dan sihat
Demikianlah Artikel Wanita yang mempunyai punggung besar sebenarnya lebih bijak dan sihat
Sekianlah artikel Wanita yang mempunyai punggung besar sebenarnya lebih bijak dan sihat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.