Judul : "Saya tahu saya ni tak cantik" - 3 TAHUN hidup bersama dengan JANJI PALSU, tunang kantoi curang selepas 3 bulan operasi di Sabah
link : "Saya tahu saya ni tak cantik" - 3 TAHUN hidup bersama dengan JANJI PALSU, tunang kantoi curang selepas 3 bulan operasi di Sabah
"Saya tahu saya ni tak cantik" - 3 TAHUN hidup bersama dengan JANJI PALSU, tunang kantoi curang selepas 3 bulan operasi di Sabah
Penantian seorang wanita menunggu kepulangan tunangnya yang merupakan seorang badan beruniform sedang bertugas jauh dari sisi mengundang penderitaan. Menerusi satu perkongsian di Facebook, hati seorang wanita sangat hancur apabila ikatan perhubungan yang telah terjalain selama tiga tahun musnah setelah tunangnya itu pergi berfoya bersama wanita.
3 tahun hidup dengan janji palsu
5.11.2017 tarikh pertunangan kami. Alhamdulillah selesai juga hajat keluarga masing-masing. Siapa yang tak bahagia bila kedua belah pihak keluarga dah setuju dan restu. Saya dengan mak abah dia memang ngam, macam mak ayah sendiri saya rasa. Selesa sangat laa. Bersyukur sebab dapat ahli keluarga macam ni.
Dugaan. Ya memang banyak dugaan yang saya lalui sebelum pertunangan dan selepas bertunang tapi saya tetap sabar dan lalui macam biasa. (sekarang saya dah tau punca dugaan tu)
Operasi di Sabah. (kes di Pulau Berhala) tak sangka waktu operasi boleh bebas sampai tahap mcm ni. 3 bulan dia pergi operasi bermula bulan Nov 2018 hingga Feb 2019. Sebelum dia pergi saya ada buat kejutan untuk dia sebab nak sambut awal dan wish birthday dia untuk bulan December nanti (dia dah di Sabah) dia kata nak simpan kad ucapan tu sebab ucapan tu paling bermakna dalam hidup dia.
Perangai pelik dan berubah
Tiga tahun musnah macam tu je. Saya setia menanti kepulangan dia, tak sabar rasanya nak jumpa. Ya la mana taknya, kami jumpa pun 3 atau 4 bulan sekali. Nak jumpa memang payah. Nak bercinta dengan dia kena la bercinta dengan kerja dia sekali. Faham dengan tugas dia. Tapi tu la, rindu kan. Teramat rindu. Nak berborak pun payah.
Sejak dia bertugas di Sabah perangai dia pelik. Asyik nak marah dan maki-maki je. Saya pulak kerap dapat mimpi pelik pasal dia. Mimpi yang dia keluar dengan perempuan lain. Bawak balik perempuan. Akhir sekali ada seorang mak cik bagitahu yang dia tak jujur dan tolong lupakan dia. Seram juga mimpi tu sebab jumpa mak cik tu dekat dalam hutan. Rumah pulak tepi sungai. Bangun tidur je saya rasa sedih dan down sangat. Bila cerita dekat dia. Dia jawab tak payah la ingat mimpi tu semua karut je. (tuhan nak tunjuk mungkin) agak-agak apa perasaan dia masa tu ya. Orang tengah sedap mana nak fikir kan.
Kantoi lepas balik dari Sabah
23 January tarikh keramat (tarikh dia buat relationship dengan perempuan tu di Facebook). 23 January tu tarikh lahir saya. Masa tu dia wish la juga tapi kami bergaduh. Mana taknya, call dia banyak kali dia tak angkat. Dia jawab sorry tak perasan awak call (sedangkan saya dah pesan kejap lagi saya call ya). Mungkin dia tengah on call dengan perempuan tu. No wonder la saya cakap macam ni sebab telefon dia ada banyak. Sim pun tentu-tentu la ada kan. Selalu juga kantoi bila call dia je mesti waiting, bila tanya call siapa, dia akan jawab kawan pinjam telefon. T pun pegawai call. Tengah malam kot, cuba bagi alasan logik sikit kalau nak tipu sekali pun.
Masa ni tuhan je la yagn tahu perasaan saya ni. Setia dibalas dengan kecurangan. Dia sanggup patahkan/kepak handphone dia semata-mata nak hapuskan bukti. Dia memang seorang lelaki yang tak bertanggungjawab. Dia lari dari masalah sebab dia takut nak berhadapan dengan keluarga saya. Kami satu keluarga tak tidur sebab nak cari dia, nak selesaikan masalah ni. Selepas perbincangan dari jam 3 hingga 6 pagi. Saya buat kputusan untuk balik ke perak pulangkan cincin (masa ni tak tau lagi yang diorang dah tidur bersama) dia ikut skali balik perak.
Padam Facebook nak tutup bukti
Dia cakap tak ada Facebook pun dia boleh hidup. Rupa-rupanya ada Facebook lain untuk perempuan tu. Bila saya pegang telefon dia, dia lupa nak padam messenger. (masa balik dari Sabah) kantoi ramai sangat perempuan dia chat. Retak seribu hati ni. Alahai, sedih hidup ni. Facebook lama dia yang ada gambar saya semua dia padam (ini tujuan dye mungkin) chat dengan perempuan Sabah tu.
Semua gambar-gambar dan bukti ni dari perempuan ni. Dia sendiri yang send gambar diorang tidur bersama. Janji nak tunang dan kahwin (padahal dia dah ade aku. aku ni tunang dia weh) macam-macam la chat saya dengan perempuan tu. (masih lagi simpan) tak tau ape muslihat perempuan tu. Bila saya suruh padam gambar diorng kat Facebook. Dia tak nak. Masa 3 bulan tu pun tak sangka banyak kali diorng keluar duit kahwin yang saya suruh simpan tu pun habis buat dia je la (redha je).
Gambar tidur bersama
Lepas dah dapat gambar ni. Memang tak tau nak cakap apa. Keluarga pun tak sangka yang dia sanggup buat macam ni. Memalukan keluarga saya. Majlis kami dah nak dekat, dia tak boleh fikir ke semua tu? Semoga dia dapat hidayah dan petunjuk. Berharap sangat dia akan berubah. Dia dah tua kot, kerja mulia tapi perangai tu tak molek. Baru je naik pangkat lanskoperal. Jangan la gunakan pangkat tu untuk suka-suka berzina dengan perempuan kat luar sana.
Tak janggal kalau dia pernah bercerai sebelum ni. Kalau dia dengan bekas isteri dia boleh buat perangai berzina dengan perempuan lain masa sah suami isteri. Kita ni sebagai tunang. Apa adehal nak tidur dengan perempuan lainkan.
Berakhir kisah tunang bersama seorang askar
Berakhir la kisah hidup menjadi tunang seorang askar. Kepada lelaki di luar sana. Tolong la jadi seorang yang bertanggungjawab. Kalau dah tak nak hubungan tu, bagitahu pada keluarga. Pulangkan semula macam mana kau ambil dia dulu.
Semua gambar ni sewaktu dia di Sabah. Gambar di Facebook dan juga sukarela dari perempuan tu sendri yang hantar. Tak tau apa motif perempuan tu tunjuk gambar mereka bersama. Saya sedar yang saya tak cantik tapi saya berusaha untuk jaga hubungan dan keluarga dia. Itu pun setiap kali call mak dia, mak dia akan pesan suruh jaga anak dia baik-baik. Tapi apakan daya, kalau saya jaga sorang pun tak guna.
Sumber: Facebook via ohbulan.com
Sumber "Saya tahu saya ni tak cantik" - 3 TAHUN hidup bersama dengan JANJI PALSU, tunang kantoi curang selepas 3 bulan operasi di Sabah
Demikianlah Artikel "Saya tahu saya ni tak cantik" - 3 TAHUN hidup bersama dengan JANJI PALSU, tunang kantoi curang selepas 3 bulan operasi di Sabah
Sekianlah artikel "Saya tahu saya ni tak cantik" - 3 TAHUN hidup bersama dengan JANJI PALSU, tunang kantoi curang selepas 3 bulan operasi di Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.