Jika selalu memandu tetapi kerap lakukan empat kesilapan ini, sebenarnya tanpa kita sedar tindakan ini boleh sebabkan gearbox auto akan jadi cepat rosak...

Jika selalu memandu tetapi kerap lakukan empat kesilapan ini, sebenarnya tanpa kita sedar tindakan ini boleh sebabkan gearbox auto akan jadi cepat rosak... - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jika selalu memandu tetapi kerap lakukan empat kesilapan ini, sebenarnya tanpa kita sedar tindakan ini boleh sebabkan gearbox auto akan jadi cepat rosak..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jika selalu memandu tetapi kerap lakukan empat kesilapan ini, sebenarnya tanpa kita sedar tindakan ini boleh sebabkan gearbox auto akan jadi cepat rosak...
link : Jika selalu memandu tetapi kerap lakukan empat kesilapan ini, sebenarnya tanpa kita sedar tindakan ini boleh sebabkan gearbox auto akan jadi cepat rosak...

Baca juga


Jika selalu memandu tetapi kerap lakukan empat kesilapan ini, sebenarnya tanpa kita sedar tindakan ini boleh sebabkan gearbox auto akan jadi cepat rosak...



Kereta ni kita nak pakai lama jadi mesti lah kena jaga dengan baik. Tapi ada orang bila dapat kereta je dia akan jaga baik-baik, lepasa beberapa tahun dibiarkan macam itu je. Maintenance dan service pun sudah jarang sekali lakukan. Artikel kali ini adalah untuk memberi panduan terutama sekali kepada mereka yang memandu kereta automatik.

Kereta automatik ni gear dia kena jaga betul-betul. Sekali gear rosak memakan belanja yang tinggi tau. Kadang-kadang tu gearbox rosak bukan sebab kerosakan teknikal tetapi sikap pemandu itu sendiri. Untuk nak elakkan daripada kena masuk bengkel dan tukar gearbox baik lah korang berhenti daripada lakukan 4 perkara ini kepada gear. Memang jahanam! Sumber perkongsian daripada Panda Bekki.

1. Pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum menukar mode gear



Sebagai contoh, bila korang mahu undur, pastikan kereta sudah berhenti sepenuhnya sebelum masuk gear D atau sebaliknya.

2. Gunakan gear P sebagai brake kereta



Sebagai contoh, kereta belum berhenti sepenuhnya tapi terus dah masuk gear P. Boleh rosak tau gear kalau buat macam tu.

3. Enjin dalam rpm tinggi dah masuk gear



Sebagai contoh, korang tengah best tekan padle minyak dan kereta sedang meluncur laju terus je masuk gear D. Itu memang salah.

4. Jarang servis minyak dan filter



Minyak dan filter mestilah kena servis secara berkala. Ikut jadual servis yang telah ditetapkan baru lah kereta boleh bertahan lama tanpa sebarang kerosakan.

JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menanggung hutang, Sila baca hingga habis artikel ini…

1) Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Bermula dengan P , R , N , D , 2 , L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah “N” nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.

Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam, On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.

Setiap step perlu berhenti 2 saat. Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakan kenderaan. Biarkan selama 5 minit,jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam keatas.

Bergantung kepada suhu meter, pastikan meter suhu naik 25 % sebelum memulakan perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.

Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step “D” sahaja, manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS !!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit, pastikan di tempat yang rata sahaja.

2) Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan(yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.

Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO (bergantung kpd model kenderaan)dan bersihkan sebersih-bersihnya. Elakan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO.

Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak AUTO. Jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear. Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.

Elakan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangkamasa panjang (harga murah,tetapi selepas3-4 tahun lagi anda merana)

3) Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan “D” semasa berhenti di lampu isyarat, dimana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk. Pastikan diletak di “N” sahaja.

Jangan di “P” ,ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah. Sebab itu step “N” dan “D” diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock”@tombol antara gear untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang OD).

Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar. Jangan sangka kan kereta AUTO tiada “clutch plate”. Ianya ada berbelas-belas keping (bergantung kpd model kenderaan).

Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”. Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alatganti. Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan). Tidak silap saya untuk model Wira pun RM 500++.

4) Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti dimana-mana sekalipun , mulakan dgn step “2” atau step ke dua selepas “N”. Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step dibawah “N”.

Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas. Ini dapat menjimatkan minyak anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak. Step “2” umpama anda bermula dengan gear “1” untuk kereta manual.

Step “D” pula ibarat gear “2” atau “3” bagi kereta manual. Maknanya jika anda memulakan dengan “2” step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step “D”.

Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.

5) Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.

Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air.

Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar. Jika anda terpaksa juga melalui jalan yang banjir (maklumlah di lembah klang ni faham-faham sendiri lah) selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak AUTO tidak bercampur dengan air.

6) Elakan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap(contoh:Genting Highland)

7) Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit,sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”. Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada dibawah step “D”, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.

8) Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear “reversed” yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.

9) Jangan guna “over drive” atau OD dalam pemanduan biasa. Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.

10) Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mula kan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.

Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt”. Inilah salah satu punca “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang. via : edisiharian

Sumber artikel : ekisah.com

Sumber Jika selalu memandu tetapi kerap lakukan empat kesilapan ini, sebenarnya tanpa kita sedar tindakan ini boleh sebabkan gearbox auto akan jadi cepat rosak...


Demikianlah Artikel Jika selalu memandu tetapi kerap lakukan empat kesilapan ini, sebenarnya tanpa kita sedar tindakan ini boleh sebabkan gearbox auto akan jadi cepat rosak...

Sekianlah artikel Jika selalu memandu tetapi kerap lakukan empat kesilapan ini, sebenarnya tanpa kita sedar tindakan ini boleh sebabkan gearbox auto akan jadi cepat rosak... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: