Judul : "Kandungan hidrogen sianida di Pasir Gudang lebih tinggi berbanding sebatang ro-kok" - Menteri Kesihatan
link : "Kandungan hidrogen sianida di Pasir Gudang lebih tinggi berbanding sebatang ro-kok" - Menteri Kesihatan
"Kandungan hidrogen sianida di Pasir Gudang lebih tinggi berbanding sebatang ro-kok" - Menteri Kesihatan
SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad membuat penjelasan bahawa kandungan hidrogen sianida yang dikesan di ruang udara Pasir Gudang jauh lebih rendah berbanding sebatang ro-kok.
Katanya, berdasarkan bacaan hidrogen sianida yang berada pada paras 5 partikel per sejuta (PPM) di ruang udara kawasan yang terjejas dengan pencemaran sisa bahan kimia berkenaan jauh lebih rendah daripada setiap sedutan rok-ok yang mencatatkan bacaan sebanyak 46ppm.
“Saudara-saudara, bahan tok-sik seperti benzene dan toluene yang dikesan pada sampel (pencemaran) di Pasir Gudang (juga) terdapat dalam asap ro-kok. 5 ppm hidrogen sianida dikesan di udara Pasir Gudang tetapi setiap sedutan rok-ok menjana 46 pppm hidrogen sianida,” ciapnya di laman Twitter.
Ciapan itu dibuat bagi menjawab soalan seorang pengguna Twitter @KelawarMY yang mempersoalkan tindakan kerajaan tidak memindahkan penduduk di Pasir Gudang yang kini tercemar dengan toksik sedangkan kementerian sebelum ini mengeluarkan larangan merok-ok di kedai makan.
Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor hari ini berkata, pihaknya mengesan kehadiran gas hidrogen sianida yang mana merupakan antara salah satu daripada 15 gas yang dikesan susulan pencemaran udara ekoran pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Yahaya Madis berkata, gas berkenaan dikesan pada 13 Mac lalu selepas kerja-kerja pembersihan di kawasan perumahan dekat Tanjung Puteri dengan bacaan 4.5ppm.
"Namun bacaan itu hanya bertahan kira-kira dua jam sebelum kembali ke paras berjaga-jaga," katanya pada sidang media di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini.
Yahaya turut memaklumkan operasi pembersihan di Sungai Kim Kim akan diselesaikan dalam tempoh dua hari sebelum berlaku hujan pada Selasa ini susulan ramalan dari pihak Jabatan Meteorologi.
Katanya, cuaca hujan turut menjadi faktor penyebaran gas di kawasan setempat bergerak lebih cepat.
Sumber : sinar harian
ARTIKEL BERKAITAN: Bomba kesan gas hidrogen sianida di Sungai Kim Kim
Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesan kehadiran gas hidrogen sianida yang mana merupakan antara salah satu daripada 15 gas yang dikesan susulan pencemaran udara ekoran pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Yahaya Madis berkata, gas berkenaan dikesan pada 13 Mac lalu selepas kerja-kerja pembersihan di kawasan perumahan dekat Tanjung Puteri dengan bacaan 4.5ppm.
"Namun bacaan itu hanya bertahan kira-kira dua jam sebelum kembali ke paras berjaga-jaga," katanya pada sidang media di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini.
Yahaya turut memaklumkan operasi pembersihan di Sungai Kim Kim akan diselesaikan dalam tempoh dua hari sebelum berlaku hujan pada Selasa ini susulan ramalan dari pihak Jabatan Meteorologi.
Katanya, cuaca hujan turut menjadi faktor penyebaran gas di kawasan setempat bergerak lebih cepat.
"Jika mengikut kepada keadaan cuaca sekarang penularan gas dalam keadaan sama rata, sekarang penularan gas tidak menjejaskan sangat cuma kita doa jangan cuaca hujan ia akan bergerak dalam kumpulan, itu yang membahayakan.
"Kerja pembersihan sedang disegerakan supaya sebelum waktu hujan ia dapat diselesaikan," katanya lagi.
Tambahnya, meskipun indeks kualiti udara dalam keadaan berjaga-jaga, orang awam diingatkan untuk memakai topeng mulut dan hidung untuk tujuan keselamatan.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak mendekati kawasan Sungai Kim Kim meskipun mempunyai peralatan perlindungan peribadi (PPE) tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) JBPM bagi menangani kes berkenaan mencukupi di mana melibatkan bantuan anggota dari Johor, Kedah, Perak dan Selangor.
Sumber : sinar harian
Sumber "Kandungan hidrogen sianida di Pasir Gudang lebih tinggi berbanding sebatang ro-kok" - Menteri Kesihatan
Demikianlah Artikel "Kandungan hidrogen sianida di Pasir Gudang lebih tinggi berbanding sebatang ro-kok" - Menteri Kesihatan
Sekianlah artikel "Kandungan hidrogen sianida di Pasir Gudang lebih tinggi berbanding sebatang ro-kok" - Menteri Kesihatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.