Judul : Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang Dan Tarikh Pembayaran BSH Bulan Mac 2019
link : Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang Dan Tarikh Pembayaran BSH Bulan Mac 2019
Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang Dan Tarikh Pembayaran BSH Bulan Mac 2019
BSH Bujang sebanyak RM100 akan dibayar terus ke akaun penerima pada penghujung Mac nanti.
Hanya penerima BSH 2018 kategori berikut layak menerima bayaran RM100 iaitu:
Bujang berumur 59 tahun ke bawah pada 2019
Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda yang berumur 59 tahun ke bawah
Pemohon yang telah disenarai hitam tidak layak memohon BSH tahun ini.
Pemohon kategori bujang yang berumur 70 tahun ke atas tidak layak menerima bantuan RM100 kerana telah menerima BSH fasa pertama 28 Januari lalu.
Pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga untuk kategori lain akan dibayar Mei dan Ogos nanti.
Baca juga: 12 Kategori Tidak Layak BSH 2019
SEMAKAN BSH BUJANG
Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang boleh dibuat menerusi portal MyBSH di https://ift.tt/2Nmngqb
Namun berdasarkan info terkini berikut disenaraikan individu yang tidak layak menerima bantuan sara hidup rakyat tahun ini, antaranya:
Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
Menetap di luar negara
Bujang berumur 59 tahun ke bawah
Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Pemegang saham / pengarah syarikat
Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
Memiliki motosikal melebihi 500cc
Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
LHDNM belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada pemohon mesti mengemaskini permohonan sebelum ini atau sebaliknya.
Untuk dapatkan informasi terkini tentang BSH Bujang, anda boleh sertai Telegram Bantuan Sara Hidup.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP BUJANG
Tiada sebarang maklumat tentang tarikh rasmi pembayaran BSH Bujang.
Cuma LGE memaklumkan bantuan tersebut akan disalurkan pada penghujung bulan Mac nanti.
Bayaran ini akan memanfaatkan lebih 3 juta penerima dengan peruntukan dana sebanyak RM300 juta.
Tan Sri Muhyidin Yassin turut menyarankan agar kerajaan membantu golongan bujang yang belum berkahwin dan yang berpendapatan kecil.
KEMBALIKAN BANTUAN RM450 UNTUK ORANG BUJANG
Orang ramai menuntut agar BSH Bujang sebanyak RM450 dikembalikan.
KJ turut mendesak perkara sama memandangkan kerajaan PH memperuntukkan dana RM316.55 bilion dalam Belanjawan 2019 dan jumlahnya lebih besar berbanding peruntukan RM282.25 bilion pada pembentangan Bajet 2018 sebelum ini.
Apa pula pendapat anda?
Cukupkah bantuan RM100 untuk orang bujang?
Sumber artikel : semakanonline.com
Sumber Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang Dan Tarikh Pembayaran BSH Bulan Mac 2019
Demikianlah Artikel Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang Dan Tarikh Pembayaran BSH Bulan Mac 2019
Sekianlah artikel Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang Dan Tarikh Pembayaran BSH Bulan Mac 2019 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.