Judul : Izreen Azminda Alahan Teruk Hampir 3 Bulan Alami Pend.arahan
link : Izreen Azminda Alahan Teruk Hampir 3 Bulan Alami Pend.arahan
Izreen Azminda Alahan Teruk Hampir 3 Bulan Alami Pend.arahan
Usia kandungan sudah memasuki enam bulan, baru-baru ini Izreen Amzinda berkongsikan momen keham.ilan anak pertama hasil perkahwinannya dengan Ude Wahid. Izreen memberitahu, dia mengalami penda.rahan dan alahan teruk selama tiga bulan di awal keham.ilan.
Kata Izreen lagi, dia terpaksa membataskan pergerakan dan tidak boleh mengangkat barang berat kerana bimbang berlakunya pendarahan. Namun kini keadaannya kini semakin baik.
“Masa tiga bulan awal keha.milan itu memang saya tak boleh buat apa-apa. Saya mengalami alahan yang teruk dan pend.arahan sepanjang tiga bulan tu. Kalau angkat barang berat je, akan berlaku penda.rahan. Jadi saya kena kurangkan pergerakan sepanjang waktu tu. Selain itu, memang kerap mun.tah la.
“Tapi Alhamdulillah semua tu saya alami hanya untuk tiga bulan sahaja. Selepas daripada itu, saya dah okay. Semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada mStar Online.
Bakal melahirkan cahaya mata awal Julai depan, Izreen berkata dia dan suami masih belum mengetahui jantina anak. Bagaimanapun, Izreen berkata dia berharap untuk dikurniakan cahaya mata perempuan
“Buat masa sekarang memang tak tahu lagi jantina anak kami. Bila buat pemeriksaan tak nampak pula. Tapi kalau dah ada pengesahan, sudah tentu kami akan berkongsi.
“Sudah semestinya saya berharap juga dapat anak perempuan. Sebab dah ada anak lelaki. Tapi kalau bayi ni pun lelaki, saya okay juga. Janji bayi saya sihat,” katanya.
SUMBER MSTAR ONLINE
BACA: Izreen Azminda Alami Alahan Teruk, Tak Boleh Buat Kerja Berat
Baru-baru ini menerusi Instagram, Izreen Azminda mengumumkan berita gembira dia dan suami, Ude Wahid bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Usia kandungan kini mencecah tiga bulan, Izreen memberitahu dia mengalami alahan teruk berbanding keha.milan pertama enam tahun lalu, sehinggakan tidak boleh membuat kerja berat bimbang berlakunya penda.rahan.
“Alhamdulillah, ini rezeki buat saya dan suami. Selepas lebih setahun berkahwin, Allah SWT berikan nikmat ini pula. Insya-Allah, saya dijangka bersalin Julai ini.
“Cuma, keham.ilan kali ini tak macam yang pertama. Saya kena alahan teruk hingga tidak boleh langsung buat kerja berat. Jika tidak, saya akan mudah berlaku penda.rahan.
“Selepas peringkat pertama keham.ilan, saya sudah okay sikit. Setiap hari saya berdoa semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan hingga bers.alin nanti. Saya juga berharap anda doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai jantina anak yang dijangka bakal lahir pada Julai depan, Izreen dan suami tidak kisah sama ada lelaki ataupun perempuan asalkan kandungannya sihat dan sempurna.
“Saya dan suami tidak kisah mengenai jantina anak. Asal saja, bayi yang bakal lahir sempurna dan sihat,” katanya.
Sumber : rotikaya.com
Sumber Izreen Azminda Alahan Teruk Hampir 3 Bulan Alami Pend.arahan
Demikianlah Artikel Izreen Azminda Alahan Teruk Hampir 3 Bulan Alami Pend.arahan
Sekianlah artikel Izreen Azminda Alahan Teruk Hampir 3 Bulan Alami Pend.arahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.