Judul : Bekas pemandu tidak muncul buat permohonan maaf, Che Ta nekad teruskan tindakan undang-undang
link : Bekas pemandu tidak muncul buat permohonan maaf, Che Ta nekad teruskan tindakan undang-undang
Bekas pemandu tidak muncul buat permohonan maaf, Che Ta nekad teruskan tindakan undang-undang
PELAKON Rozita Che Wan akhirnya terpaksa bertindak meneruskan tindakan undang-undang selepas bekas pemandunya gagal tampil membuat permohonan maaf seperti dituntut pada Jumaat lalu.
Peguam Rozita, Wan Sarimah Wan Husain dari firma guaman CSQlaw ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyediakan surat cara tuntutan terhadap Muhammad Riduan Mohamad Mizol, 21, sebelum ia difailkan.
"Berikutan keengganan dia membuat permohonan maaf seperti dituntut tempoh hari, saya bersama anak guam (Rozita) sudah pun berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.
"Buat masa ini kami sedang menyediakan surat cara atau dokumen sebelum ia diteruskan," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Sarimah, pihaknya akan memaklumkan mengenai tindakan undang-undang yang diambil kemudian.
Pada Jumaat lalu, Rozita atau Che Ta memberi tempoh sehingga pukul 6 petang kepada Riduan untuk membuat permohonan maaf kepadanya berhubung isu tidak mendapat gaji baru-baru ini.
Che Ta memberitahu dia memberi peluang kepada Riduan berbuat demikian kerana tidak mahu memanjangkan isu itu dan ingin menyelesaikannya dengan baik.
Malah pelakon Kiah Pekasam itu memberi kelonggaran kepada pemuda itu sama ada ingin bertemu dengannya atau membuat permohonan maaf itu di laman sosial miliknya.
Bagaimanapun Riduan enggan berbuat demikian dan tindakan undang-undang terpaksa diteruskan.
Sebelum ini, pihak peguam Che Ta sudah menghantar notis tuntutan bertarikh 11 Mac lalu kepada Riduan namun tidak mendapat sebarang respons daripada Riduan.
Dalam satu kenyataan kepada mStar sebelum ini, Riduan berkata dia enggan memohon maaf kerana tindakkannya membangkitkan isu tidak dibayar gaji sehingga ia menjadi tular bulan satu kesalahan.
Sumber : mStar Online
Artikel berkaitan : “Pemandu bukannya hamba abdi” - Riduan enggan mohon maaf kepada Che Ta
BEKAS pemandu Rozita Che Wan tidak berhasrat membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka seperti dituntut aktres itu berhubung insiden aktres itu tidak membayar gajinya.
Muhamad Riduan, 21, berkata, selepas mendapat nasihat daripada pihak tertentu, dia dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian memandangkan apa yang berlaku bukan kesalahannya.
"Dia (Rozita) meminta saya untuk membuat pengakuan maaf secara terbuka yang akan diserahkan peguamnya untuk menyelesaikan perkara ini tetapi saya tidak akan berbuat demikian kerana ia bukan salah saya," katanya kepada mStar Online.
Menerusi hantaran di Facebook, pemuda itu yang baharu sahaja bekerja selama dua bulan mendedahkan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta enggan membayar gajinya sebanyak RM2,000.
Riduan turut memuat naik perbualan dengan pembantu peribadi Che Ta yang dikenali sebagai Kak Nani menerusi aplikasi WhatsApp bagi menuntut gajinya.
Dalam respons segera, pelakon Kiah Pekasam itu memberitahu sudah menjelaskan bayaran dituntut pada Khamis namun dia terkilan dengan sikap bekas pemandunya itu yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah bagi menjatuhkan reputasinya.
Ekoran itu, Che Ta meminta individu itu tampil memohon maaf selain sudah merujuk perkara itu kepada peguamnya.
Dalam pada itu, Riduan dalam maklum balasnya kepada mStar Online pada Jumaat enggan mengulas mengenai semua dakwaan dilemparkan terhadapnya termasuklah dia gemar tidur kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
Ini kerana katanya, dia menganggap isu tersebut sudah pun selesai memandangkan pihak Rozita sudah melunaskan gaji tertunggaknya.
Riduan memberitahu apa yang terjadi kepadanya juga seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak majikan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pekerja sesuka hati.
"Untuk peringatan majikan di mana-mana sahaja di luar sana, ambil apa yang terjadi pada saya ini sebagai pengajaran dan jangan ingat kami sebagai pemandu tiada maruah dan bukannya hamba abdi yang boleh dipergunakan sesuka hati tanpa kerelaan.
"Jangan pernah mencabar kuasa viral, siapa yang lagi kuat kerana itu yang akan memakan diri sendiri dan Allah itu maha Adil... Pihak yang benar pasti akan menang walaupun sesukar mana perkara itu," katanya.
Riduan bagaimanapun meminta agar netizen tidak mengecam Rozita di laman sosial memandangkan isu itu sudah pun diselesaikan di antara kedua-dua belah pihak.
"Di sini saya ingin meminta jasa baik semua untuk berhenti mengencam Che Ta kerana dia sudah menyelesaikan apa yang patut dia selesaikan," uijarnya.
Sumber : mStar Online
Sumber Bekas pemandu tidak muncul buat permohonan maaf, Che Ta nekad teruskan tindakan undang-undang
Demikianlah Artikel Bekas pemandu tidak muncul buat permohonan maaf, Che Ta nekad teruskan tindakan undang-undang
Sekianlah artikel Bekas pemandu tidak muncul buat permohonan maaf, Che Ta nekad teruskan tindakan undang-undang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.