Realiti Masyarakat Kita Apabila Tergamak Beri Lebihan Lauk Kenduri Di Maahad Tahfiz

Realiti Masyarakat Kita Apabila Tergamak Beri Lebihan Lauk Kenduri Di Maahad Tahfiz - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Realiti Masyarakat Kita Apabila Tergamak Beri Lebihan Lauk Kenduri Di Maahad Tahfiz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Realiti Masyarakat Kita Apabila Tergamak Beri Lebihan Lauk Kenduri Di Maahad Tahfiz
link : Realiti Masyarakat Kita Apabila Tergamak Beri Lebihan Lauk Kenduri Di Maahad Tahfiz

Baca juga


Realiti Masyarakat Kita Apabila Tergamak Beri Lebihan Lauk Kenduri Di Maahad Tahfiz



KENDURI OH KENDURI… HAKIKAT apa yang DIRAIKAN?

Luahan dari seorang MUDIR TAHFIZ

Bukanlah menyombong ataupun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah.

Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu membazir. Tapi sebenarnya ketika dihantar lauk ini sudah pun separuh basi. Hantar pukul 6 petang. Pukul 7 sudah basi dan berbuih.

Lebih malang lagi semalaman pelajar tidur dengan bau #masam dan #busuk dari lauk-lauk #basi ini. Malah pagi-pagi buta lagi pelajar-pelajar tahfiz terpaksa menyelesaikan pula masalah “tuan rumah kenduri” semalam iaitu buang lauk-pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini?

Hampir tiap-tiap minggu inilah rutin harian kami. Bukan tidak menolak tapi ketika hantar tuan lauk begitu memaksa. Akhirnya kami mengalah. Dan inilah kami tanggung setiap kali.



Saya pernah menyebut dalam kuliah-kuliah saya tentang perkara ini berkali-kali. Namun ada suara-suara mengatakan saya sombong dan sebagainya. Sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul-betul ingin berkongsi makanan dengan kami, hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dan menyelerakan.

Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup, tak perlu risaukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak.

Alhamdulillah anak-anak tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang-kadang ada juga orang yang upah katering dua tiga malam berturut-turut untuk jamu anak-anak syurga ini.

Tak kurang juga yang sering hantar beras, minyak, telur, ayam, kambing dan macam bahan mentah untuk kegunaan dapur madrasah. Alhamdulillah ahli-ahli Quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri.



Apa pun saya ucapkan terima kasih kerana tuan rumah masih lagi ingat kami. Walaupun di hujung-hujung hari. Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah-payah hantarkan lauk-pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu.

Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan-tuan dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

– Mudir TAHFIZ (TAK PERLULAH DISEBUT YA)

**Artikel ini diambil daripada Facebook Kelas Pengajian Al-Quran. Untuk ikuti beliau, bolehlah melawat ke sini.


Sumber artikel : makanlena.com

Sumber Realiti Masyarakat Kita Apabila Tergamak Beri Lebihan Lauk Kenduri Di Maahad Tahfiz


Demikianlah Artikel Realiti Masyarakat Kita Apabila Tergamak Beri Lebihan Lauk Kenduri Di Maahad Tahfiz

Sekianlah artikel Realiti Masyarakat Kita Apabila Tergamak Beri Lebihan Lauk Kenduri Di Maahad Tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: