Judul : Anak masih kecil, suami pula dilanda musibah
link : Anak masih kecil, suami pula dilanda musibah
Anak masih kecil, suami pula dilanda musibah
IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib ibu yang perlu menggalas tugas berat menjaga tiga anak kecil.
Lebih menyedihkan, suaminya pula kini terlantar sa-kit.
Suhana Abdullah, 29, berkata, kehidupan keluarganya berubah 180 darjah selepas suami, Mohd Zaid Mat Yusof, 33, terbabit dalam kemal-angan di tempat kerja menyebabkan r-etak tempurung kepala pada Ogos tahun lalu.
Katanya, ketika kejadian, suaminya sedang memasang papan tanda kedai di Tumpat sebelum dia tiba-tiba tergel-incir jatuh dan kepalanya terh-entak di jentera forklift.
“Ketika kejadian, suami baru sahaja tiga bulan membuka perkhidmatan kimpalan dengan sepupu, malah banyak lagi barang yang dibeli belum digunakan lagi.
“Niat suami mahu tambah pendapatan keluarga tapi apa daya ini pula yang terjadi,” katanya ketika menemani suami di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.
Katanya, suaminya baru sahaja selesai pembe-dahan bagi memasukkan wayar ke dalam perut bagi memudahkan dia makan dan minum, dan kini berada dalam keadaan stabil.
Suhana berkata, dia yang tidak bekerja terpaksa mengharapkan ihsan saudara bagi menampung keperluan harian suami seperti lampin pakai buang, kapas, tisu dan susu mencecah lebih RM300 sebulan.
Katanya, dia juga turut risau memikirkan nasib tiga anaknya, Muhammad Zarif Ikhwan, 4; Muhammad Zaim Irsyad, 3; dan Muhammad Zafran Aiman, tiga bulan.
“Buat masa ini, keluarga mentua dan ibu saya di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh dan Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini bergilir-gilir bantu menjaga anak kami apabila saya perlu berulang-alik ke hospital,” katanya.
Bagi yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Suhana Abdullah di Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 03103-41-00002961-6.
Sumber : harian metro
Sumber Anak masih kecil, suami pula dilanda musibah
Demikianlah Artikel Anak masih kecil, suami pula dilanda musibah
Sekianlah artikel Anak masih kecil, suami pula dilanda musibah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.