Star Wars: Medan Perang Budaya Identiti Amerika

Star Wars: Medan Perang Budaya Identiti Amerika - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Star Wars: Medan Perang Budaya Identiti Amerika, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Star Wars: Medan Perang Budaya Identiti Amerika
link : Star Wars: Medan Perang Budaya Identiti Amerika

Baca juga


Star Wars: Medan Perang Budaya Identiti Amerika

Star Wars: The Last Jedi dilancarkan tahun lepas dan menerima banyak reaksi negatif daripada peminat. Ramai yang tak suka dengan plot cerita, kematian Luke Skywalker, kewujudan watak yang wujud secara tiba-tiba serta banyak lagi.

Dan kritikan ke atas Star Wars ni berterusan sehinggalah ke hari ini membawa kepada kutipan yang rendah kepada filem Star Wars yang ditayangkan tahun ini iaitu Solo: A Star Wars Story. Bukan itu sahaja,pelakon dan pengarah Star Wars diserang teruk oleh peminat sehingga salah seorang pelakon terpaksa menutup akaun media sosialnya kerana serangan yang tidak berhenti.

Kritikan yang pada mulanya ditujukan kepada kelemahan filem tersebut akhirnya merebak dan bercambah menjadi satu perang budaya di antara golongan kanan dan kiri. Pasti ramai orang perasan yang filem-filem Star Wars yang baru ini banyak membawa agenda feminisme dengan membawa watak perempuan yang kuat sebagai watak utama. (rey, princess leia ,jyn orso). Dan watak lelaki selalu dipaparkan sebagai watak yang terburu-buru dan panas baran (macam Poe Dameron, Kylo Ren).

Bukan Star Wars sahaja yang terpalit, francais-francais popular yang lain seperti Ghostbusters, Ocean’s Eleven juga turut sama menjadi mangsa. Tapi tidak seperti Star Wars, kritikan ke atas filem-filem itu terhenti tidak berapa lama selepas filem itu ditayangkan.

Waqaf Saham

Star Wars pula? Terus-terusan dikritik sehingga peminat sanggup membuat pungutan dana bagi membikin filem Star Wars yang baru untuk menggantikan The Last Jedi. Malah mengikut artikel yang terbaharu ini, ahli politik golongan kanan juga turut serta dalam mengkritik Star Wars.

Kenapa reaksi yang sebegini untuk hanya sebuah filem? Signifikannya Star Wars ini pada rakyat Amerika adalah kerana Star Wars ini dianggap sebagai sebuah mitologi “tamadun” Pax Americana. Ia selalu dibandingkan dengan mitologi epik tamadun-tamadun silam seperti Epik Gilgamesh,Illiad and Odyssey,Mitologi Hercules dan juga Dewa-dewa Olympians.

Sebab itulah filem Star Wars sangat diminati oleh rakyat Amerika. Kerana ia melambangkan keagungan “empayar” Amerika. Perkara ini bukan sahaja disedari oleh penonton,malah turut disedari oleh George Lucas. Kerana itulah dalam prequel ( Episod 1,2,3),banyak dipaparkan elemen-elemen yang menjadi identiti Amerika seperti liberty, democracy, republic…

Star Wars itu sendiri adalah cerminan identiti Amerika dan kerana itulah golongan kanan berusaha keras untuk memeliharanya dari pengaruh-pengaruh feminisme ataupun lebih teruk lagi pengaruh golongan progresif (lgbt, genderless society dan seumpama dengannya). Atas alasan itu, ia kini menjadi medan perang budaya di antara golongan kanan dan kiri.



Demikianlah Artikel Star Wars: Medan Perang Budaya Identiti Amerika

Sekianlah artikel Star Wars: Medan Perang Budaya Identiti Amerika kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: