Judul : Bertikam Keris Di Atas ‘Pre-Dreadnought Ironclad
link : Bertikam Keris Di Atas ‘Pre-Dreadnought Ironclad
Bertikam Keris Di Atas ‘Pre-Dreadnought Ironclad
Jika anda pernah menonton filem るろうに剣心 伝説の最期編, anda pasti ingat aksi perlawanan antara Kenshin dan Seta Soujiro di atas sebuah kapal perang yang memang ‘steampunk’ habis.
Tajuk di atas hanya sensasi saja, cumanya… Srikandi terfikir, jika di zaman Pemulihan Meiji, bangsa Jepun boleh mengejar perkembangan teknologi Barat dengan begitu pantas, maka ia boleh dijadikan banyak iktibar dan pelajaran.
Kapal perang dalam filem tersebut pada pandangan Srikandi mungkin mendekati kapal seperti kapal kelas-Matshushima ataupun kapal Mikasa yang terlibat dalam Pertempuran Tsushima (kempen Perang Rusia-Jepun). Namun rekabentuk badan kapal tersebut dan jumlah cerobong kapalnya cenderung kepada kapal perang ‘pre-dreadnought’ buatan Perancis seperti Jauréguiberry atau Massena.
Habis kempen Perang China-Jepun Pertama, pihak Jepun telah mengambil iktibar dengan menukar taktik penggunaan kapal-kapal kecil seperti ‘torpedo boat’ dan lain-lain taktik serangan sebegini kepada membina kapal-kapal perang lebih berkuasa dan berkemampuan tinggi bagi menghadapi ancaman lebih besar. Seperkara yang menarik, dengan menggunakan kuasa perdagangan, Jepun telah membeli dan memindah teknologi kapal perang dari British.
Seperti yang Srikandi beritahu dalam buku Rentaka Sekalian Bijasura, adalah penting untuk memahami prinsip “MENYERANG ADALAH PERTAHANAN TERBAIK” dengan ertikata kita mesti menyiapkan pertahanan kita dalam mood seolah-olah kita mahu menyerang atau menjajah negara lain.
Sultan-sultan Melayu ketika itu (sezaman Pemulihan Meiji) bukanlah miskin, perdagangan timah, rempah dan macam-macamlah paip pendapatan mereka. Bahkan boleh membiayai HMS Malaya (kemudiannya), boleh bagi 3 juta pound untuk pembinaan kapal itu dan 4 juta pound untuk landasan keretapi. British mengaku Tanah Melayu menyumbang suku dari kekayaannya dan lepas hampir muflis ketika peperangan di Eropah, British harapkan Tanah Melayu!
Cumanya Srikandi agak kesal kerana negeri-negeri Melayu ketika itu (sebelum 1874) tidak menggunakan kekayaan tadi betul-betul untuk membangunkan pertahanan masing-masing. Kadang-kadang dalam banyak perkara, BERBELANJA ITU LEBIH BERMANFAAT dari hanya menyimpan dan mengumpul kekayaan sahaja.
Harta yang disimpan tetaplah berupa harta, tidak menyumbang apa-apa kecuali persepsi bahawa kita berada dalam keadaan ‘selamat’ atau istilahnya ‘bebas kewangan’. Srikandi taklah kata menyimpan itu tidak bagus…bagus… cuma kalau asyik menyimpan saja, bilalah kita nak menikmati kekayaan itu?
Menyimpan saja tapi tak buat program pertahanan, last-last kena serang dan kalah macam tu je oleh pihak yang berbelanja banyak untuk program pertahanannya. Tak ke naya cenggitu. Kekayaan itu lebih berguna jika kita tahu menguruskannya dan nak tahu menguruskannya kita kenalah tahu untuk fokus apa yang penting dan yang tidak penting. Ilmu pentadbiran itu ibarat raja dan otak kepada sumber-sumber kekayaan itu tadi.
Jadi, lepas ni kalau kita nak bertikam keris, bertikamlah di atas ‘Pre-Dreadnought Ironclad’. Ini baru ‘steampunk’.