Judul : Berkembangnya Bunga Di Musim Luruh
link : Berkembangnya Bunga Di Musim Luruh
Berkembangnya Bunga Di Musim Luruh
Dekat Jepun, sekarang musim luruh. Tetapi peliknya bunga Sakura tengah mengembang.
Sedangkan bunga Sakura mengembang pada musim panas. Walaubagaimanapun, jumlah atau skala nya tidak ‘sehebat’ seperti yang berlaku pada musim panas.
Ia dikatakan terjadi akibat 2 taufan yang melanda Jepun baru-baru ini. Salah satu daripada taufan yang membadai ‘negara matahari terbit’ tersebut merupakan taufan yang terkuat yang pernah direkodkan dalam masa 25 tahun.
Sains disebalik kejadian?
Ianya terjadi oleh kerana ketiadaan hormon / bahan kimia yang menghalang daripada bunga Sakura itu mengembang, yang dihasilkan oleh daun pohon Sakura.
Ini kerana angin taufan dan kandungan air garam di dalam taufan tersebut yang datang dari laut meluruhkan serta menyeliputi daun. Justeru menyebabkan ia tidak berupaya menghasilkan hormon / bahan kimia bagi menghalang proses (“blooming”).
Hasil daripada perubahan atau ketiadaan hormon / bahan kimia tersebut, ia seakan-akan memberi isyarat kepada pokok Sakura bahawa, “Sakura, dah tiba musim panas, kembangkanlah bunga-bunga kau!”
Selain itu, suhu cuaca yang meningkat selepas berlalunya taufan tersebut, juga turut menyumbang kepada fenomena ini.
Menurut saintis, bunga-bunga yang telah pun kembang di dalam fenomena ini, tidak akan kembang pada musim panas akan datang. Tambah beliau lagi, ini bukan kali pertama fenomena seperti ini berlaku, cuma skalanya menunjukkan ia semakin banyak berbanding sebelum ini.
Namun begitu, oleh kerana jumlah yang “boleh diabaikan”, ia tidak akan memberi impak yang besar.
Rujukan:
Unusual Cherry Blossoms Observed in Mid-October. Retrieved from: https://www3.nhk.or.jp/