Square Tower, Kuching, Sarawak

Square Tower, Kuching, Sarawak - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Square Tower, Kuching, Sarawak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Square Tower, Kuching, Sarawak
link : Square Tower, Kuching, Sarawak

Baca juga


Square Tower, Kuching, Sarawak

DENGAN senibinanya yang berbentuk segiempat terletak betul-betul di kawasan tumpuan pelancong iaitu Tebingan Kuching menyebabkan ianya adalah antara bangunan bersejarah yang wajib dikunjungi apabila bertandang ke Kuching, Sarawak. Dek kerana rekabentuknya sedemikian ianya turut digelar sebagai bangunan empat segi atau Square Tower di Kuching, Sarawak.

Square Tower merupakan antara bangunan tinggalan Brooke yang menjadi simbolik pemeritahan lebih 100 tahun di Sarawak. Mula dibina sekitar tahun 1879 iaitu di ketika Tuan Rajah Charles Brooke memerintah Sarawak Kingdom. Sewaktu era beliaulah sebenarnya banyak bangunan-bangunan yang mempunyai rekabentuk ala-ala Eropah dibina kerana polisinya yang mahukan Sarawak terutama sekali ibukotanya dikenali dunia sebagai satu tempat yang moden serta indah jauh dari pandangan dunia yang mengatakan hanya hutan belantara sahaja pada waktu itu.

Fungsi utama Square Tower dibina pada asalnya adalah untuk menjadi salah satu daripada kubu pertahanan memandangkan ianya betul-betul terletak tepi Sungai Sarawak dan hanya perlu menyeberangi seberang sungai untuk ke Astana Negeri mahupun Fort Margherita. Oleh kerana di Fort Margherita pada masa itu turut menjadi penjara bagi menempatkan pesalah-pesalah Sarawak, Square Tower turut mempunyai fungsi yang sama iaitu sebagai penjara sementara bagi pesalah-pesalah sebelum diletakkan di Fort Margherita kemudiannya.

Apabila Tuan Rajah Ketiga iaitu Rajah Charles Vyner Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1917 hingga 1946, fungsi untuk Square Tower turut bertukar. Dari hanya sebagai kubu pertahanan dan penjara sementara, bangunan ini telah dinaiktaraf menjadi dewan untuk bersosial bagi penjawat-penjawat awam Eropah dan golongan terbilang Sarawak berpesta seperti tari menari, menyaksikan persembahan teater atau muzikal atau mengadakan jamuan makan pada waktu-waktu tertentu. Dan pada akhir-akhir pemerintahan beliau, bangunan ini turut dijadikan sebagai asrama kediaman untuk pekerja-pekerja.

Pada waktu Perang Dunia Kedua berlangsung walaupun pada hakikatnya Kuching turut dihujani dengan bom daripada Jepun mahupun tentera berikat pada waktu itu. Serangan pada waktu itu di dalam sejarah turut menyaksikan kawasan sekitarnya seperti Kampung Astana pernah terkena bedilan dan musnah terbakar. Manakala Square Tower terus tegap berdiri seadanya sehingga sekarang tanpa secarikpun kecacatan biarpun Kuching dihentam dengan begitu teruk sekali.

Di dalam kronologi bersejarah Sarawak iaitu pada menjelang tengah malam 22 Julai 1963, di bangunan inilah sebenarnya menjadi saksi bisu bagaimana bendera Koloni Mahkota Sarawak British yang memerintah Sarawak semenjak dari tahun 1946 telah diturunkan dan seterusnya dikibarkan dengan megah bendera Sarawak zaman Brooke yang digunapakai sehingga tahun 1970 sebagai simbolik Sarawak ke arah berkerajaan sendiri. Ini kerana pada hari itulah Sarawak mempunyai barisan kabinet di kalangan anak watan dengan dipimpin oleh Mendiang Tan Sri Stephen Kalong Ningkan mengambilalih pentadbiran Sarawak dari Koloni Mahkota Sarawak British sehinggalah penubuhan Malaysia tanggal 16 September 1963 menyaksikan Sarawak mempunyai Tuan Gabenornya sendiri iaitu Tun Abang Openg menggantikan Sir Alexander Waddel, Gabenor terakhir Koloni Mahkota Sarawak British di Sarawak.

Waqaf Saham

Dek kerana ianya antara bangunan bersejarah yang mempunyai signifikasi yang kukuh di dalam memperjelaskan sejarah Sarawak maka bangunan yang berusia hampir 139 tahun (dikira sehingga 2018) ianya telah diwartakan sebagai bangunan yang dipulihara sepenuhnya iaitu di bawah The Antiquities Ordinance dan Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993.

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta

-HB-

#KamekSayangSarawakBah!

Rujukan:

1. Kuching City From The Eyes Of Historical Buff
https://ift.tt/2EuylVm
2. Square Tower

Square Tower


3. Fort Margherita

Fort Margherita


4. The Star Online, 19 March 2007 – Enlivening Brooke Legacy
https://ift.tt/2RXnupB



Demikianlah Artikel Square Tower, Kuching, Sarawak

Sekianlah artikel Square Tower, Kuching, Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: