Judul : ‘Tak Pernah Sekalipun Terlintas Di Fikiran Yang Kami Akan Kehilangan Punca Pendapatan Seperti Ini, Dimanakah Keadilan Kepada Kami? ’
link : ‘Tak Pernah Sekalipun Terlintas Di Fikiran Yang Kami Akan Kehilangan Punca Pendapatan Seperti Ini, Dimanakah Keadilan Kepada Kami? ’
‘Tak Pernah Sekalipun Terlintas Di Fikiran Yang Kami Akan Kehilangan Punca Pendapatan Seperti Ini, Dimanakah Keadilan Kepada Kami? ’
Baru-baru ini, Kementerian Kewangan telah membuat keputusan untuk menamatkan kontrak MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) bagi kerja bawah tanah projek Transit Aliran Massa (MRT2). Berita itu akan mengakibatkan lebih 20,000 kakitangan kehilangan kerja serta punca pencarian.
Masih tidak percaya dengan keputusan itu, beberapa pekerja projek tersebut telah meluahkan rasa kecewa di laman sosial media di mana rata-rata masih bingung, tidak tahu ke mana arah tuju mereka selepas ini. Tambahan lagi peluang untuk mencari pekerjaan baru sekarang bukan lah mudah.
Sedih dan bimbang
Sedih. Pilu. Kesal. Bimbang.
Tiada perkataan yang cukup untuk menggambarkan perasaan saya dan 20,000 individu lain yang turut sama terlibat secara langsung dengan projek MRT2 pakej “underground” yang dikhabarkan akan ditender semula kepada syarikat luar negara.
MMC-Gamuda (MGKT) adalah sumber pendapatan kami, periuk nasi kami. Penamatan kontrak MGKT adalah sesuatu yang mengejutkan, saya percaya kebanyakan daripada semua yang terlibat masih bingung memikirkan apa yang akan terjadi. Masing-masing mempunyai komitmen sendiri, perut untuk diisi, mulut untuk disuap, yang mana kesemuanya bakal terjejas selepas kehilangan punca pendapatan secara mengejut.
Tidak pernah sekali terlintas di fikiran yang kami akan kehilangan punca pendapatan seperti ini. Sebagai seorang bumiputera, melayu, yang sebelum ini berbangga mencurahkan tenaga, kuderat, dan jasa dalam membangunkan negara sejak projek MRT1 6 tahun lalu, tiada lagi yang dapat dibanggakan apabila satu-satunya mata pencarian hilang dek kerana penamatan kontrak MGKT ini.
Saya sentiasa percaya rezeki itu milik tuhan. Mungkin di luar sana masih ada rezeki menanti, namun semua itu tidak dapat menghentikan kebimbangan dan berfikir apa yang bakal terjadi esok. Kepada mereka yang mempunyai kuasa, penjimatan kos perbelanjaan negara itu kami terima dan faham, tapi siapa pula yang akan faham isi hati dan kebimbangan kami yang bakal kehilangan kerja ini? Apa yang patut kami katakan kepada keluarga, isteri, anak-anak kami di rumah yang kami tinggalkan hari ini demi mencari sesuap nasi buat mereka? Sedih.
‘Ke mana arah hendak dituju oleh tunnellers seperti kami..’
Cari pekerjaan baru bukannya mudah
Sumber ‘Tak Pernah Sekalipun Terlintas Di Fikiran Yang Kami Akan Kehilangan Punca Pendapatan Seperti Ini, Dimanakah Keadilan Kepada Kami? ’
Demikianlah Artikel ‘Tak Pernah Sekalipun Terlintas Di Fikiran Yang Kami Akan Kehilangan Punca Pendapatan Seperti Ini, Dimanakah Keadilan Kepada Kami? ’
Sekianlah artikel ‘Tak Pernah Sekalipun Terlintas Di Fikiran Yang Kami Akan Kehilangan Punca Pendapatan Seperti Ini, Dimanakah Keadilan Kepada Kami? ’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.