Judul : ‘Ayah, Ayah…’ – Sungguh Sayu Apabila Dengar Panggilan Dari Si Anak Yang Takkan Disahut Oleh Ayah Lagi
link : ‘Ayah, Ayah…’ – Sungguh Sayu Apabila Dengar Panggilan Dari Si Anak Yang Takkan Disahut Oleh Ayah Lagi
‘Ayah, Ayah…’ – Sungguh Sayu Apabila Dengar Panggilan Dari Si Anak Yang Takkan Disahut Oleh Ayah Lagi
Tidak dapat bayangkan perasaan seorang anak kecil mencari bapanya di perkarangan kediaman keluarga anggota bomba, Adnan Othman di Lukut. Suasana itu menambahkan kepiluan orang yang hadir memberi penghormatan terakhir buat arwah.
Mereka yang berada di kediaman berkenaan turut tidak dapat menahan air mata mendengar rintihan anak sulung Adnan, Aisyah Damira yang baru berusia 5 tahun
Cuma fikirkan nasib anak mereka
Saya hilang kata-kata sebaik mendapat tahu kejadian itu. Saya cuma fikirkan nasib kedua-dua anak mereka.
Menerusi Berita Harian, tangisan Aishah yang memanggil bapanya menghibakan hati tetamu yang memberi penghormatan terakhir sejurus jenazah tiba di Taman Jaya, Lukut di sini, jam 11.50 pagi tadi.
Aisyah yang tidak berhenti menangis ditenangkan bapa saudaranya, Ahmad Shahir Salleh yang merupakan adik ipar Allahyarham. Ahmad Shahir berkata, anak sulung daripada dua beradik itu amat rapat dengan bapanya dan sangat terkesan dengan tragedi terbabit.
Dapat panggilan telefon dari kakaknya
Dia dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas mendapat panggilan telefon daripada kakaknya yang juga isteri Allahyarham, Shahmiza, 31, kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Adnan yang juga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pasukan Bomba dan Penyelamat, terkorban bersama lima rakannya dalam operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir, ketika memancing di lombong di Puchong jam 9.15 malam tadi.
Sumber : Berita Harian
Artikel diambil dari https://ift.tt/2xYzS0q
Sumber ‘Ayah, Ayah…’ – Sungguh Sayu Apabila Dengar Panggilan Dari Si Anak Yang Takkan Disahut Oleh Ayah Lagi
Demikianlah Artikel ‘Ayah, Ayah…’ – Sungguh Sayu Apabila Dengar Panggilan Dari Si Anak Yang Takkan Disahut Oleh Ayah Lagi
Sekianlah artikel ‘Ayah, Ayah…’ – Sungguh Sayu Apabila Dengar Panggilan Dari Si Anak Yang Takkan Disahut Oleh Ayah Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.