5 Perkara Usahawan Boleh Contohi Daripada Kemenangan Khabib Nurmagomedov

5 Perkara Usahawan Boleh Contohi Daripada Kemenangan Khabib Nurmagomedov - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 5 Perkara Usahawan Boleh Contohi Daripada Kemenangan Khabib Nurmagomedov, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5 Perkara Usahawan Boleh Contohi Daripada Kemenangan Khabib Nurmagomedov
link : 5 Perkara Usahawan Boleh Contohi Daripada Kemenangan Khabib Nurmagomedov

Baca juga


5 Perkara Usahawan Boleh Contohi Daripada Kemenangan Khabib Nurmagomedov

Baru-baru ini viral tentang Khabib Nurmagomedov yang telah berjaya menumpaskan seteru utamanya iaitu Conor McGregor di Kejohanan UFC 229. Sedia maklum kedua-dua bintang seni mempertahankan diri (martial arts) ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun, pencapaian yang ditunjukkan oleh Khabib sememangnya luar biasa dan di luar jangkaan.

Agaknya, apa semangat yang kita boleh ambil daripada kisah kejayaan Khabib ini buat usahawan. Jom kita belajar sesuatu daripadanya.

#1 Menghormati Ibu Bapa

Walau sudah banyak kejayaan yang dikecapi oleh Khabib ini tidak langsung menjejaskan rasa hormatnya terhadap ibu bapa. Khabib tetap menyanjung tinggi jasa dan pengorbanan kedua orang tuanya sehingga kini. Bapa Khabib iaitu Abdulmanap bukan sahaja bapa kepada Khabib bahkan dialah yang menjadi tulang belakang kepada kecemerlangan Khabib kerana merupakan seorang mentor yang membimbing Khabib dalam seni mempertahankan diri sejak kecil lagi.

Usahawan juga seharusnya begitu, sebesar manapun kejayaan yang anda telah kecapi jangan lupakan jasa ibu bapa. Daripada redha dan restu ibu bapalah mampu kita di kedudukan sekarang.

#2 Bijak Mengatur Strategi

Sebelum menentang Conor, Khabib telah menetapkan satu fokus untuk mengalahkan lawannya itu berikut beberapa kontroversi yang ditimbulkan sendiri oleh Conor. Berikutan itu Khabib telah merancang strategi menewaskan Conor menggunakan cara kuncian leher daripada belakang yang mengakibatkan seterunya itu menyerah kalah.

Begitu juga untuk para usahawan yang seharusnya pandai merancang strategi yang berkesan di dalam perniagaan. Ia bukan sahaja untuk mendepani para pesaing bahkan untuk anda terus kekal di dalam pasaran. Jika gagal memasang strategi impaknya mungkin anda akan alami nasib sama seperti Conor.

#3 Mempertahankan Diri dan Agama

Alasan utama Khabib menunjukkan amarahnya terhadap Conor berikutan penyentuhan isu agama dan peribadi Khabib. Conor sengaja membuat provokasi dengan memberikan wiski dan mempermainkan soal agama walaupun mengetahui bahawa lawannya itu Muslim. Ini semestinya mendatangkan rasa tidak puas hati pada Khabib.

Bagi pemilik bisnes inspirasi yang boleh diambil ialah kekal dan pertahankan kredebiliti anda sebagai usahawan yang matang dan berilmu. Sekaligus pertahankan juga nama bisnes (branding) anda di pasaran agar kekal diyakini para pelanggan. Sentiasa utamakan agama dengan elakkan segala urusan yang syubhah atau meragukan.

#4 Gigih dan Cekal Berusaha

Sejak dari kecil Khabib telah didedahkan dengan sukan mempertahankan diri. Beliau dilatih sejak dari kecil oleh bapanya sendiri. Walau bagaimanapun beliau tidak pernah berhenti melakukan latihan meskipun sudah mencapai banyak rekod kemenangan antarabangsa. Buktinya, sejak beraksi di dalam pertandingan Mixed Martial Arts (MMA) beliau masih bersih daripada rekod kekakalahan atau seri.

Buat usahawan, jika benar perniagaan ini adalah minat yang mendalam buat diri anda teruskan usaha yang gigih untuk memperolehnya. Jangan terlampau mudah kecewa dan putus asa jika sesuatu yang dirancang tidak menjadi. Buat sampai jadi!

#5 Kagumi Pesaing

Khabib dikenali dengan peribadi yang baik dan tidak ego terhadap lawan walaupun sebagai seorang jaguh yang hebat. Serangannya terhadap Conor pun disebabkan isu sensitif yang ditimbulkan oleh Conor sendiri. Namun, Khabib tetap menghormati lawan dan pertandingan itu sendiri. Khabib menjadikan pentas pertandingan untuk berlawan secara sihat untuk para lawannya.

Usahawan juga boleh mengamalkannya di dalam bisnes. Dalam dunia perniagaan semestinya akan wujud persaingan. Penting untuk menghormati dan kagumi pesaing anda. Jangan pandang rendah pada pesaing anda kerana mereka juga ada kekuatan. Bersainglah secara sihat.

Kisah kejayaan Khabib adalah suatu yang menggagumkan buat masyarakat. Bila ada fokus atau matlamat kita mesti akan berusaha ke arah itu. Fokus Khabib adalah untuk mengalahkan lawannya Conor. Fokus kita sebagai pemilik bisnes pula apa? Cepat tetapkannya dan lakukan tindakan untuk mencapai. Semoga kita semua terinspirasi untuk jadi lebih bagus!



Sumber 5 Perkara Usahawan Boleh Contohi Daripada Kemenangan Khabib Nurmagomedov


Demikianlah Artikel 5 Perkara Usahawan Boleh Contohi Daripada Kemenangan Khabib Nurmagomedov

Sekianlah artikel 5 Perkara Usahawan Boleh Contohi Daripada Kemenangan Khabib Nurmagomedov kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: