Judul : Benarkah Hak Melayu-Bumiputera Sudah Ketinggalan Zaman?
link : Benarkah Hak Melayu-Bumiputera Sudah Ketinggalan Zaman?
Benarkah Hak Melayu-Bumiputera Sudah Ketinggalan Zaman?
Soalan penentang hak kaum Bumiputera:
“Bumi rights are outdated for 2018, it is sad that you don’t know of the injustices non bumis face in this country, maybe if you asked and listened to your non-bumi friends or googled these issues you would not say something like ‘what rights may i ask that non-bumis do not have as the bumis”
.
Jawapan:
Adakah anda mengandaikan bahawa kami semua pendokong Hak-hak Bumiputera ini langsung tidak ada kawan ‘non-bumi’ ataupun tidak langsung peduli untuk membaca dan mengkaji tentang isu ini?
“Bumi rights are outdated for 2018”
Kami tidak bersetuju. TITIK.
Kerana ianya adalah amat penting bagi kita untuk baca dan kaji dengan lebih terperinci akan isu ini yang mana jauh lebih baik daripada sekadar mendakwa bahawa ada golongan yang telah di “brainwashed” untuk mengatakan bahawa mereka lebih layak memiliki kelebihan atau ‘special privy’ hanya kerana telah dilahirkan dikalangan bangsa-bangsa tertentu.
Kerana sesungguhnya kenyataan tersebut adalah lebih memudaratkan kepada semua pihak.
Anda harus ketahui,
Apabila kolonial British menguasi negara kita dahulu, polisi-polisi mereka sebenarnya telah mengeksploit populasi kaum pribumi, yang mana ianya telah mengakibatkan kaum pribumi ketinggalan untuk mencapai ‘playing field’ yang sama dan adil seperti kaum-kaum lain.
Maka ‘Hak Bumiputera’ ini secara mudahnya adalah sebuah bentuk ‘affirmative action’ untuk membantu kaum Bumiputera (Melayu, Orang Asli, Sabah dan Sarawak Bumiputera) untuk kembali mencapai ‘playing field’ yang sama seperti kaum-kaum dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
Hal ini adalah kerana secara purata, penduduk pribumi mendapat gaji yang lebih sedikit, pemilikan tanah yang jauh ketinggalan dan hanya ada ‘sejemput’ pegangan ekuiti di dalam negara ini berbanding dengan kaum yang lain (Khalid, 2014)
.
Mengapakah perkara ini boleh berlaku?
Ini adalah kerana ianya ‘rooted back’ kepada zaman British dahulu,
Kerana di zaman kolonial tersebut, kaum pribumi telah dilarang untuk menceburi atau maju dalam bidang ekonomi dan pendidikan disebabkan polisi kolonial itu sendiri.
Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan, Setiausaha British untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) telah berkata yang pendidikan untuk orang Melayu mestilah berorientasikan ‘rural’ aka ‘kekampungan’ sahaja.
Kita boleh ‘quote’ apa yang beliau telah sebut,
“Make the son of the fisherman or a peasant a more intelligent fisherman or peasant than his father had been…” (Khalid 2014: 55-6).
Menjadikan keadaan lebih keruh adalah apabila berlakunya ketidakstabilan populasi ataupun demografi penduduk Malaya pada ketika itu.
Di mana populasi bukan pribumi telah mengatasi pribumi.
Sebagai contoh, pada tahun 1950 di Kuala Lumpur populasi orang Melayu hanya 24,399 orang sahaja berbanding populasi orang Cina 122,699 dan populasi orang India 35,805 (Arrifin, via Ibrahim 2015: 30).
‘Flash forward’, pada tahun 1957, populasi bukan pribumi seluruh Malaya mengatasi populasi kaum pribumi dan pernah menjadi majoriti (50.2%) pada masa itu.
Maka apabila tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969, kerajaan ketika itu telah sedar bahawa salah satu faktor tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei itu adalah disebabkan oleh kadar kemiskinan yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Oleh hak yang demikian, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan untuk mencari penyelesaian kemelut berkenaan di mana ia dirangka dengan tujuan utama untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa dan agama.
.
Dan kalau anda lihat pada perangkaan dan data yang ada,
Pada tahun 1969, 50% populasi Malaysia hidup dalam kemiskinan. Namun, lama kelamaan kadar kemiskinan telah menurun kepada 3.8% pada tahun 2009 (Gomez dan Saravanamuttu 2013, dan Faizli 2013) dan akhirnya kepada 0.4% pada tahun 2016 (Unit Perancangan Ekonomi 2018).
Maka mudah fahamnya, jika anda boleh ‘buka’ pemikiran anda, sesungguhnya anda akan dapati bahawa ‘Hak Bumiputera’ daripada DEB ini sebenarnya bukanlah bentuk ‘race supremacy’ tetapi merupakan bentuk ‘Affirmative Action’ atau Tindakan Afirmatif.
Jadinya apabila kita berhujah bahawanya ianya adalah ‘outdated’ atau lapuk ianya adalah sesuatu yang tidak benar.
Tambahan pula tahukah anda beberapa buah negara lain juga sebenarnya telah mengambil tindakan afirmatif Malaysia sebagai sebuah model rujukan sosio-ekonomi di negara mereka sendiri.
Contohnya di Afrika Selatan, di mana kerajaan Afrika Selatan di bawah pemerintahan Thabo Embeki melancarkan polisi Broad-Based Black Economic Empowerment (B-BBE) pada tahun 1999.
Persis Malaysia, kaum pribumi di sana walaupun merupakan majoriti dari segi populasi, namun mereka adalah minoriti dari segi pendidikan dan ekonomi. Adakah B-BBE lapuk? Wajarkah kerajaan Afrika Selatan mansuhkan B-BBE dengan alasan itu?
.
Sahabat semua, ketahuilah bahawa DEB hanya berumur 47 tahun dan tidak boleh menterbalikkan impak kolonialisme selama 100 tahun lebih dalam jangka masa yang pendek.
Janganlah anda ‘serkap jarang’ dengan memandang seandainya dengan adanya Hak Bumiputera, semua Bumiputera itu tiba-tiba kaya-raya dan hidup mewah.
Dan jika anda tidak berpuas hati kerana ada sesetengah ‘privy’ tersebut nampak seperti tidak adil dan menekan kaum anda contohnya isu kuota dalam pendidikan…
Ingin kami ingatkan kepada anda bahawa kuota ini sudah dimansuhkan seawal tahun 2003 dan digantikan dengan sistem meritokrasi.
Sejurus pengenalan sistem meritokrasi ini, kemasukan kaum bukan Bumi dalam IPTA telah meningkat tinggi daripada kaum Bumiputera sendiri.
Di mana pada tahun 2004 sahaja, kemasukan kaum India dan Cina telah meningkat sebanyak 46% dan 36% manakala kemasukan kaum Bumi hanya meningkat sebanyak 10% sahaja (Khalid 2014: 169)
.
Jadinya jikalau anda rasa Hak Bumiputera ini telah lapuk dan harus dimansuhkan, tolong cadangkan satu lagi kompromi sosial supaya ia tidak akan menjejaskan Perlembagaan.
Dan jangan andaikan bahawa kami golongan pendokong Hak Bumiputera tidak pernah peduli mengenai kaum bukan Bumi yang juga hidup dalam kemiskinan atau kerana kami tahu polisi Hak Bumiputera ini juga adalah tidak 100% sempurna.
Hak Bumiputera itu sudah pastinya ada ‘loopholes’ yang tersendiri dan ada tangan-tangan jahat yang telah merakus rompak menggunakan namanya, itu kita kena akui..tapi itu perlu diperbincangkan dengan panjang lebar di dalam perbincangan yang lain.
.
Akhir sekali, mohon rajinkan diri anda untuk rujuk juga kepada perangkaan-perangkaan seperti – Pendapatan Isi Rumah Kasar Bulanan dan juga Pendapatan Isi Rumah Mengikut Kumpulan Pendapatan (1970-2016) dan cuba perhatikan data berkaitan etnik.
Hadamkan, then we talk about “outdated”.
Nasihat kami,
Jangan pernah lupa bahawa ‘Kesaksamaan’ (Equility) tidak semestinya mengenai segalanya harus sama, tetapi yang lebih baik adalah apabila kita juga mengakui akan aspek keperluan, keinginan, perbezaan, kelemahan, dan kekuatan pelbagai komuniti lebih-lebih lagi dalam konteks Malaysia yang mempunyai kelpelbagaian masyarakat merentasi kaum, budaya dan agama.
Sekian.
p/s: Alang-alang, bercerita pasal Hak Bumiputera, den mohon kawan-kawan yang lain, tolong sign petition bantahan ratifikasi ICERD ini di sini:
>>https://chn.ge/2OKfHgU
>>https://chn.ge/2OKfHgU
>>https://chn.ge/2OKfHgU
.
.
Bacaan lanjut:
1) Khalid, M.A. (2014) The Colour of Inequality. MPH Publishing: Petaling Jaya.
2) Ibrahim, A.R. (2015) 13 Mei 1969 Di Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
3) Gomez, E.T., Saravanamuttu, J. et.al (2013) The New Economic Policy in Malaysia: Affirmative Action, Ethnic Inequalities and Social Justice. National University of Singapore: Singapore.
4) Fazli, A.A. (2014) Rich Malaysia, Poor Malaysians: Essays on Energy, Economy, and Education. Gerak Budaya Enterprise: Petaling Jaya.
.
.
Rujukan:
Jamalee, M. (2018). 27 October 2018] available from <https://ift.tt/2qgh9Ja> [27 October 2018]
Pendapatan Isi Rumah Kasar Bulanan Penengah Mengikut Kumpulan Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2016
https://goo.gl/i19q7F
Pendapatan Isi Rumah Kasar Bulanan Purata Bagi Kumpulan Isi Rumah 20% Tertinggi, 40% Pertengahan dan 40% Terendah Mengikut Kumpulan Etnik dan Strata, Malaysia, 1970-2016
https://goo.gl/15ykEa