Berdakwah Melalui Sukan

Berdakwah Melalui Sukan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Berdakwah Melalui Sukan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berdakwah Melalui Sukan
link : Berdakwah Melalui Sukan

Baca juga


Berdakwah Melalui Sukan

Baru-baru ini (6 Oktober 2018), dunia dihangatkan dengan berita mengenai kemenangan seorang jaguh peninju profesional muslim dari Dagestan, Russia iaitu Khabib Nurmagomedov dalam sebuah pertandingan sukan tempur campuran antarabangsa iaitu Ultimate Fighting Championship 229 (UFC 229) mengalahkan lawannya, seorang lagi jaguh peninju profesional dari Ireland iaitu Conor McGregor. Sebelum pertandingan, Conor telah melakukan provokasi ke atas Khabib dengan menghina agama Islam yang dianuti oleh Khabib.

Walaupun Suruhanjaya Olahraga Nevada belum lagi menentukan bentuk tindakan yang bakal dikenakan ke atas Khabib kerana tindakan beliau menyerang rakan seperlatihan Conor iaitu Dillon Danis di luar gelanggang sejurus selepas Khabib mengalahkan lawannya itu kerana Dillon bertindak memprovokasi Khabib dengan menghinanya di luar gelanggang, Khabib memberitahu media bahawa apa sahaja tindakan yang akan diambil terhadap dirinya tidak mengganggu dirinya kerana baginya agamanya (Islam) lebih penting daripada sukan.

Ramai umat Islam berbangga dengan kemenangan Khabib dalam kejuaraan tersebut kerana bukan sahaja beliau berjaya mengalahkan lawannya, Conor yang menunjukkan sikap takbur dan rasis, bahkan sifatnya yang merendah diri dan menunjukkan keperibadian seorang muslim sebenar disaksikan oleh jutaan manusia yang boleh dijadikan contoh ikutan. Beliau menolak untuk menyertai kejuaraan UFC 224 pada Mei lalu kerana kejuaraan tersebut bertembung dengan ibadah puasa walaupun ditawarkan dengan kontrak lumayan. Menerusi media, beliau juga menasihati peminat-peminatnya supaya jangan meninggalkan solat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan dan keluarga. Sifat ini yang harus dicontohi.

Bersukan dan beriadah adalah suatu kegiatan yang amat digalakkan dalam Islam jika melakukannya mengikut garis syariat Islam. Ini kerana tubuh badan yang sihat akan melahirkan akal yang sihat, tubuh badan dan akal yang sakit sedikit sebanyak akan melemahkan jiwa dan akan mudah ditindas. Bahkan, selain bersukan, umat Islam mempunyai satu doa khusus yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri memohon kepada Allah SWT supaya dibebaskan daripada sifat lemah, malas, ujub (sombong), bakhil, bebanan hutang dan penganiayaan manusia.

Antara sukan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW bersama keluarga dan para sahabat baginda seperti lumba lari, menunggang kuda, memanah, termasuklah sukan bergusti / bertinju. Bahkan Nabi Muhammad SAW pernah menganjurkan sukan berenang.

Ketika dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah, baginda pernah mencabar seorang jaguh gusti Arab profesional bernama Rukanah bin ‘Abd Yazid bergusti dengannya. Ini kerana baginda tahu bahawa Rukanah amat dikenali sebagai seorang jaguh gusti yang handal. Pertama sekali, baginda menyerunya memeluk Islam tetapi beliau menolak. Baginda kemudiannya mencabar Rukanah bergusti dengannya dengan janji Rukanah akan memeluk Islam sekiranya beliau berjaya dikalahkan. Beliau menerima cabaran tersebut. Baginda berjaya mengalahkannya bukan sekali, tetapi sebanyak tiga kali setelah Rukanah sendiri meminta baginda ulang semula berlawan dengannya sebanyak dua kali. Rukanah sendiri menyatakan kehairananya kalah kepada baginda. Akhirnya, beliau memeluk Islam. Dalam riwayat lain, beliau memeluk Islam semasa peristiwa Pembukaan Kota Makkah.

Waqaf Saham

Selain itu, Nabi Muhammad SAW juga pernah dicabar oleh seorang lagi jaguh gusti yang begitu kuat iaitu Abu Aswad al-Jumahi. Beliau begitu kuat sehingga beliau pernah berdiri di tengah-tengah kulit lembu dan menyuruh seramai 10 orang lelaki dewasa menarik setiap hujung kulit lembu tersebut, tetapi beliau tidak bergerak sedikitpun, bahkan kulit lembu tersebut terkoyak di sekeliling tempat beliau berdiri. Seperti Rukanah, Nabi Muhammad SAW berdakwah kepadanya kepada Islam tetapi beliau menolak. Baginda kemudiannya mencabar Abu Aswad bergusti dengan janji yang sama dan beliau menerima cabaran tersebut. Walaupun baginda berjaya mengalahkannya dengan mudah, namun Abu Aswad tidak menepati janjinya dengan tetap dalam keadaan musyrik.

Jika hendak dikatakan bahawa Nabi Muhammad SAW seorang yang berbadan sasa dan seorang ahli gusti, maka kedua-dua sifat tersebut sememangnya tiada pada baginda. Bahkan, baginda tidak pernah diajar dan berlatih untuk menjadi sebegitu. Kekuatan tersebut datang daripada Allah SWT sebagai mukjizat. Bukan bermakna baginda mencari gaduh atau musuh, tetapi untuk menunjukkan kepada mereka berdua bukti kebenaran yang di bawa oleh baginda, kerana cuma melalui kekuatan fizikal sahaja mereka berdua boleh menyedarinya.

Sifat keperibadian Khabib yang merendah diri dan sentiasa menunjukkan kekuasaan Allah SWT mengatasi segalanya menyerupai keperibadian seorang tokoh lagenda peninju muslim dunia yang sangat sinonim dengan dunia tinju antarabangsa iaitu Allahyarham Muhammad Ali atau nama lahirnya Cassius Clay. Sebelum memeluk Islam, Cassius Clay masyhur dengan teriakan “I am the greatest!” Setelah memeluk Islam, beliau menukar kata-kata masyhurnya itu kepada “Allah is the greatest!” Itulah antara contoh berdakwah dalam bersukan. Berdakwah maksudnya menyeru manusia mengesakan Allah SWT, menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, menyeru kepada Islam, sama ada melalui lisan mahupun perbuatan.

Sumber rujukan:

– Nawawi Dusuki, Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah SAW, Batu Caves, Selangor: Thinker’s Library Sdn. Bhd., 1996.

– Isa Muhammad Maishnu, “An Analitical Study of Sports Development As Viewed From Islamic Perspective,” The Shield, Research Journal of Physical Education and Sports Science, Vol. 4, 2009, Sindh University Jounals.

– “Islam Mengatasi Segalanya,” MStar, 8 Oktober 2018, pautan: https://ift.tt/2C6LSQb, dirujuk pada 9 Oktober 2018.



Demikianlah Artikel Berdakwah Melalui Sukan

Sekianlah artikel Berdakwah Melalui Sukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: