Tarikat Bektashi

Tarikat Bektashi - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tarikat Bektashi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tarikat Bektashi
link : Tarikat Bektashi

Baca juga


Tarikat Bektashi

Tarikat Bektashi diasaskan oleh Bali Sultan, seorang ahli sufi yang terkenal pada abad ke 13. Tarikat ini amat berpengaruh di Turki terutama tentera elit Janissary. Selain itu, tarikat Bektashi merupakan seteru tarikat Mevlana. Kedua-kedua tarikat bersaing untuk menyebar pengaruh dikalangan masyarakat Turki Uthmaniyah. Tarikat Bektashi disandarkan kepada Haji Bektash Veli.

Ajaran Tarikat Bektashi


Ajaran Bektashi berasaskan Al-Quran dan perkataan yang diberkati oleh Rasulullah S.A.W. Peraturan terdapat dalam ajaran Bektashi mestilah sesuai dengan Al-Qur’an Al-Karim dan Hadis Al-Sharif. Bektashi juga percaya Al-Qur’an ada makna dari segi zahir dan batin. Selain itu, tarikat Bektashi menekankan pengikutnya hendaklah mencintai keluarga Nabi Muhammad S.A.W iaitu Ahlul Bait. Selain itu, ajaran Bektashi dikatakan mengikuti ajaran yang bercampur aduk dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Syiah Imamiyah, dan Sufi Wahdat al-Wujud. Seperti tarikat sufi lain, Bektashi juga percaya seorang Darwish hendaklah melalui jalan sufi bermula dengan Shariah, Thariqah, Ma’rifah, dan Hakikat melalui tunjuk ajar Mursyid.

Salasilah Tarikat Bektashi (1)
1. Imam Ali bin Abi Talib
2. Imam Husain bin Ali
3. Imam Ali Zainal Abidin bin Husain
4. Imam Muhammad Al-Baqir
5. Imam Ja’far As-Sadiq
6. Imam Musa Al-Kazim
7. Imam Ali Ar-Ridha
8. Junayd Al-Baghdadi
9. Abu Uthman Maghribi
10. Abu’l-Kasim Gurgani
11. Abu’l-Hassan Karkani
12. Syeikh Abu Ali Farmadi
13. Khawaja Ahmad Yesevi
14. Sheikh Luqman Perende
15. Pir Munkar Haji Bektash Veli

Salasilah Tarikat Bektashi (2)
1. Imam Ali bin Abi Talib
2. Hasan Al-Basri
3. Habib al-Ajami
4. Dawud at-Ta’i
5. Ma’ruf al-Kharki.
6. Sheikh Sariy as-Saqati
7. Junayd Al-Baghdadi
8. Abu Ali Khatib Al-Misri
9. Abu Uthman Maghribi
10. Abu’l-Kasim Gurgani
11. Abu’l-Hassan Karkani
12. Syeikh Abu Ali Farmadi
13. Khawaja Ahmad Yesevi
14. Sheikh Luqman Perende
15. Pir Munkar Haji Bektash Veli

Ritual Bektashi

Waqaf Saham


Bektashi juga amat berkait rapat dengan kepercayaan Imam Dua Belas Syiah. Jadi, setiap Hari Ashura, Bektashi juga meraikan perayaan Ashura untuk memperingati syahidnya Imam Husain bin Ali a.s. Namun begitu, cara mereka meraikan Ashura amat berbeza dengan Syiah Imamiyah kerana mereka tidak menyeksa badan sendiri. Mereka meraikan dengan membuat bubur Ashura seperti bubur Ashura Syiah bagi memperingati darah syuhada Imam Husain dan Ahlul Bait.

Tekke-tekke ( Tempat Suluk) Bektashi.


1. Bosnia
2. Mesir
3. Albania
4. Hungary
5. Macedonia.
6. Anatolia (diharamkan ketika zaman Sultan Mahmud II dan mendapat semula semasa era Tanzimat. Diharamkan semula ketika dasar sekularisme Mustafa Kemal Attaturk)
7. Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layarihttp://bektashiorder.com/



Demikianlah Artikel Tarikat Bektashi

Sekianlah artikel Tarikat Bektashi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: