Sejarah Permainan Dam Ular

Sejarah Permainan Dam Ular - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sejarah Permainan Dam Ular, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sejarah Permainan Dam Ular
link : Sejarah Permainan Dam Ular

Baca juga


Sejarah Permainan Dam Ular

Kita semua pasti pernah bermain permainan papan ini bukan? Sama ada semasa di sekolah bersama rakan-rakan apabila tiada guru di kelas pada waktu hujung tahun, atau semasa menghabiskan masa bersama keluarga.

Tetapi tahukah anda, bahawa permainan ini mempunyai sejarah unik serta digunakan untuk mengajar nilai-nilai moral kepada kanak-kanak?

—–

Permainan papan ini pada mulanya berasal dari India. Ianya adalah berdasarkan konsep moraliti Vaikuntapaali atau Paramada Sopanam yang bermaksud “tangga kepada penyelamatan”.

Seterusnya, permainan ini dikenali sebagai Moksha Patamu. Sesetengah pakar sejarah berpendapat bahawa ia telah pun dimainkan seawal kurun ke 2 SM, manakala sebahagian pakar sejarah lagi berpendapat bahawa ia dicipta oleh Swami Gyandaev pada kurun ke-13.

Permainan ini telah digunakan oleh sami-sami untuk mengajar golongan kanak-kanak pada ketika itu tentang perkara-perkara berikut;

– Kehidupan
– Nilai moral
– Kama (takdir)
– Karma (balasan buruk).

Selain itu, ia turut mengajar tentang kewujudan elemen kebaikan melawan kejahatan. (“Good vs Evil”).


Apakah yang dimaksudkan disebalik simbol tangga dan ular?

Simbol tangga melambangkan kebaikan serta nilai-nilai moral yang baik. Manakala simbol ular melambangkan maksiat serta moral yang tidak baik.

Nilai yang ingin diajar disebalik permainan ini adalah;

Seseorang itu boleh “meningkatkan darjat” atau menerima penyelamatan dalam bentuk tangga iaitu (Moksha) dengan melakukan amalan baik.

Manakala seseorang itu akan “direndahkan darjat” ketika kelahiran semula jika melakukan kesalahan atau maksiat yang disimbolkan dalam bentuk ular, iaitu (Patamu).

Waqaf Saham

Di dalam permainan asal, jumlah simbol tangga lebih sedikit daripada jumlah simbol ular.

Ia melambangkan bahawa perjalanan ‘mendaki tangga’ menuju tempat yang baik mempunyai banyak cabaran serta sukar untuk dilaksanakan.

Manakala perjalanan menuju kemusnahan mudah dilaksanakan dengan hanya ‘menggelungsur’ ular tersebut.


Permainan ini pada asalnya mempunyai 100 buah kotak atau petak yang ditandakan nombor-nombor yang berbeza dan mempunyai maksud yang signifikan.

Nombor terakhir, “100” menandakan penyelamatan ataupun Moksha itu tadi.

Petak-petak menandakan nilai atau moral yang baik adalah petak yang bernombor:

12- Keimanan
51- Kebolehpercayaan
57- Sifat murah hati
76- Ilmu pengetahuan
78- Kesederhanaan / Zuhud

Petak-petak menandakan nilai buruk atau maksiat adalah petak yang bernombor:

41- Penderhakaan
44- Sombong
49- Kekasaran
52- Pencurian
58- Penipuan
62- Kemabukan / Alkoholik
69- Hutang
73- Pembunuhan
84- Amarah / Amukan
92- Tamak
95- Angkuh
99- Nafsu

Kita tak boleh terlepas pandang (“overtone”) atau konotasi keagamaan serta nilai moral yang menjadi pengisian di dalam permainan ini.

Pada kotak bernombor 99, iaitu nafsu merupakan ‘musuh’ terakhir yang perlu ditewaskan sebelum mendapat penyelamatan ataupun “Moksha”.

Nafsu itu bukan nafsu seksual sahaja, tetapi merujuk kepada nafsu secara umum. Iaitu nafsu seseorang untuk memiliki segalanya walaupun ia tidak ditakdirkan untuk menjadi milik individu tersebut.

—–

Penjajah British iaitu John Jacques, telah mengambil permainan ini untuk dibawa pulang ke England Zaman Victoria, pada tahun 1892. Permainan ini seterusnya dibawa ke Amerika Syarikat oleh seorang pencipta permainan iaitu Milton Bradley pada tahun 1943 dan dinamakan sebagai “Snakes & Ladders”

Malangnya, nilai-nilai moral serta pengajaran yang menjadi ‘isi’ kepada permainan ini telah ‘dicabut’ sepenuhnya oleh pihak barat, justeru menjadikannya sebagai sekadar permainan yang menyeronokkan sahaja. Namun begitu, Moksha Patamu menjadi antara permainan papan yang terkenal di seluruh dunia.

—–

Rujukan:

The History of Snakes & Ladders by Karen Dorn. Retrieved from: https://www.theforgottentoyshop.co.uk/…/1523503he-histor…

Snakes and Ladders History & Rules. Retrieved from: https://www.scribd.com/…/2…/Snakes-and-Ladders-History-Rules

Snakes & Ladders Was Invented In India But The Original Version Is Nothing Like What It’s Now. Retrieved from: https://www.scoopwhoop.com/…/snakes-ladders-invented-in-in…/



Demikianlah Artikel Sejarah Permainan Dam Ular

Sekianlah artikel Sejarah Permainan Dam Ular kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: