Judul : Majikan Wajib Bayar RM180 Bagi Setiap 1Kg Berat Badan Diturunkan
link : Majikan Wajib Bayar RM180 Bagi Setiap 1Kg Berat Badan Diturunkan
Majikan Wajib Bayar RM180 Bagi Setiap 1Kg Berat Badan Diturunkan
Rasanya kalau banyak syarikat buat program seperti ini, mesti ramai yang nekad untuk kuruskan badan. Sebuah syarikat di Guilin, China memperkenalkan program pengurusan badan selama 3 bulan untuk kakitangan mereka. Apa yang menarik ialah setiap kilogram yang berjaya diturunkan akan menerima bayaran sebanyak RM180.
Rata-rata pekerja teruja untuk melibatkan diri dalam cabaran menguruskan badan itu. Menurut salah seorang pekerja dikenali sebagai Meng, dia telah menetapkan penurunan sebanyak 15 kilogram dalam masa 90 hari bermula 11 September lalu.
Sejak program itu dijalankan, Meng telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5kg. Itu bermakna dia telah berjaya memperoleh ganjaran sebanyak RM900.
“Saya teruja untuk turunkan berat badan dengan lebih banyak lagi. Saya turut rasa lebih bertenaga daripada sebelum ini.”
Ganjaran hanya diberikan kepada mereka yang berjaya sahaja, namun jika gagal melunaskan cabaran tersebut mereka akan dikenakan denda.
Artikel diambil dari https://ift.tt/2OeH8iL
Baca juga : Wanita Ini Dedah Rahsia Turun 20 Kg Dalam Masa 7 Bulan
Bukan perkara mudah untuk menguruskan badan dan mendapatkan bentuk badan ideal. Apa yang pasti ianya memerlukan disiplin dan kesungguhan daripada individu itu sendiri. Jika tak kuat semangat, impian untuk kurus itu hanya tinggal angan-angan sahaja.
Seorang wanita ini dikenali sebagai Kak Shol, berkongsikan 10 tip yang diamalkan olehnya untuk kuruskan badan tanpa perlu berlapar. Menurut Kak Shol, dia memulakan rutin dietnya pada bulan Oktober tahun lalu dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kg dalam masa 7 bulan.
BACA: Wanita Ini Kongsi Rahsia Hilang 40Kg Dalam Masa 8 Bulan
Menurutnya lagi, caranya untuk menurunkan berat badan dengan cepat, 80 peratus adalah dari pemakanan, 20 peratus lagi bergantung pada senaman dan 100 peratus pula adalah mindset dari individu itu sendiri.
Dari 75kg turun kepada 54kg
10 tips kurus tanpa berlapar
Disebabkan ramai pm,dm kak shol tip turunkan berat badan. Hari nie kak shol berbesar hati nak share macam mana boleh turun berat dari 74kg kepada 54kg dengan ketinggian below 150cm. BMI : 34. Tarikh mula diet pada 22 October 2017.
Formula diet= 80% Permakanan + 20 % Senaman + 100% Mindset
1. Azam, Target & Istiqamah
Pasang azam nak diet. Sebab apa nak kurus. contohnya nak kawin ke, nak pakai baju lawa lawa ke, nak mudah beribadat. Lepas tu set target nak turun berapa dan berapa lama masa yang akan diambil untuk capai target. Target kak shol adalah turun sebanyak 20kg dalam masa 6 bulan. Selepas itu kena istiqamah dengan impian kita. 100% mindset yang kita boleh kurus. InsyaAllah jadi.
2. Tolak Terus Makanan & Minuman Manis
– BERHENTI makan kuih mueh, kek, segala jenis manisan
– BERHENTI makan fast food
– BERHENTI makan jajang/cakedis/kudapan/junk food/meggie
– BERHENTI makan segala jenis biskut tak kira biskut oat ke,marie ke..
– BERHENTI minum air manis, tolak terus neslo,teh tarik, air hipster ke, 3 in 1.
– ELAK makanan bergoreng, berminyak dan bersantan.
3. Makan 5-6 KALI Sehari
Jangan skip waktu makan, nak diet memang kena rajin makan tapi dalam kuantiti yang betul. Makan 5-6 kali sehari. Makan sarapan (9am), snack (11am), lunch (1/2pm), snack (4/5pm) dan dinner (8pm) tapi kalau lapar juga makan sekali lagi pukul 10pm.
4. Rajin Minum Air Putih/Kosong
Minum air lebih dari 3L sehari. Cara pengiraan kandungan air diperlukan badan adalah 1L air bersamaan dengan berat 25kg. Kalau berat 75kg kena ambil 3L air sehari. Ajar diri sentiasa bawa bekal air putih bersama. Dahaga ke tak dahaga ke kena minum air. Ingat tu.
5. Rajin Bawa Bekal
Kalau sebelum ni memang kak shol malas nak masak. Tapi setelah start pasang niat nak kurus, tiap tiap hari wajib masak. Sebab apa kena masak sendiri? Kalau kita masak kita boleh control minyak, garam dan bahan digunakan.
6. Belajar Kira Kalori
Kenal pasti keperluan Calori seharian. Pastikan calori yang kita ambil tak boleh lebih dari calori yang diperlukan oleh badan. Kak shol guna apps “MyFitness Pal”. Apps nie akan kira calories setiap makanan kita. Pilih makanan yang bercalori rendah dan berkhasiat.
7. Tidur Kena Cukup
Nak kurus tidur kena cukup. Tidur tak cukup akan menganggu system badan/metabolisma badan kita. Ia menyebabkan nafsu makan meningkat untuk cuba bekalkan tenaga dan badan pulak jadi stress dan meningkat simpanan lemak badan. Kak Shol pernah tak cukup tidur 3- 4 hari sebab layan drama korea. Kesannya ambil ko berat turun sikit je.huhu. Lagi satu, kalau lambat tidur kita rasa nak craving je. nak menguyah je.
8. Timbang Berat Hanya Seminggu Sekali
Pastikan, timbang awal pagi semasa perut kita kosong. Ini adalah berat badan kita yang betul. Selain itu, setiap kali timbang rekod pencapaian penurunan berat. Boleh guna apps “Monitor Your Weight”. Elakkan timbang waktu datang bulan(period). Ikutkan pemerhatian kak shol time period berat kita akan bertambah 0.5-1.0kg.
9. Senaman
Untuk 3 bulan pertama kak shol buat zumba/joget dalam rumah 3-4X seminggu, 1 jam setiap sesi. Pasang je vidoe zumba, tak perlu malu kalau salah step janji peluh keluar. Untuk 3 bulan seterusnya, kak shol banyak aktiviti luar seperti jogging, workout 3-4X seminggu. Weekday kak shol jogging petang dan weekend pulak jogging masa pagi.
10.Menu
Sarapan
– Oatovernight
– Roti wholemeal 1 keping + 2 biji telur rebus
– Roti wholemeal 1 keping + peanut butter + pisang 1biji
Makan tengahari
– Ubi rebus + ayam bakar + salad
– Spegetti aglo olio
– Spegetti carbonara versi healthy
– Chicken pasta
– Chicken wrap
– Ubi rebus + ikan bakar + salad
– Tomyam
– Roti wholemeal + telur hancur + ayam goreng kunyit
Snek
– Pisang, boleh dikatakan tiap tiap hari makan pisang
– Buah buahan seperti apple, anggur, mangga
– Kacang kuda rebus
– Pisang, peanut dan milk
Makan malam
– Buah buahan
– Susu fresh milk secawan
Menurut Kak Shol lagi, jika dia tidak mengambil nasi dia akan gantikan dengan karbohidrat lain seperti roti, pasta, sweet potato. Katanya lagi, pastikan ambil nasi dalam kuantiti sebesar penumbuk sahaja.
Semoga perkongsian wanita ini mampu menjadi inspirasi buat mereka di luar sana yang berniat untuk kuruskan badan.
Sumber Majikan Wajib Bayar RM180 Bagi Setiap 1Kg Berat Badan Diturunkan
Demikianlah Artikel Majikan Wajib Bayar RM180 Bagi Setiap 1Kg Berat Badan Diturunkan
Sekianlah artikel Majikan Wajib Bayar RM180 Bagi Setiap 1Kg Berat Badan Diturunkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.