Judul : 'Nama Terpanjang Yang Pernah Didaftarkan JPN Tahun Lalu’ – Ketua Pengarah JPN
link : 'Nama Terpanjang Yang Pernah Didaftarkan JPN Tahun Lalu’ – Ketua Pengarah JPN
'Nama Terpanjang Yang Pernah Didaftarkan JPN Tahun Lalu’ – Ketua Pengarah JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tempoh hari memberi peringatan kepada orang awam terutamanya ibu bapa agar mendaftarkan nama anak mereka tidak melebihi 80 abjad.
Kenyataan tersebut diterima baik oleh masyarakat yang rata-rata bersetuju nama yang terlalu panjang bakal menyukarkan anak itu nanti apabila mereka meningkat dewasa kelak. Terbaru, JPN berkongsi nama yang paling panjang direkodkan oleh mereka tahun lalu.
Nak panggil apa?
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, nama Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian diiktiraf sebagai nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) pada tahun lalu.
Memiliki 64 abjad, nama tersebut menerima pelbagai respon oleh pengguna media sosial di ruangan komen Facebook Berita Harian.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata bagi nama lelaki yang paling popular didaftarkan oleh JPN ialah Ismail iaitu sebanyak 72,157 orang dan diikuti oleh Abdullah (47,989).
Nama wanita yang popular pula ialah Fatimah sebanyak 74,605 orang, diikuti Zainab (41,450) dan Azizah (34,114).
Pada 2014, nama terpanjang yang pernah didaftarkan di Malaysia ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam.
Sumber: Berita Harian
Artikel diambil dari blog https://ift.tt/2Rp35tl
Artikel Berkaitan: JPN Beri Peringatan Nama Anak Tak Boleh Lebih 80 Abjad
Seakan sudah menjadi satu trend, bayi pada zaman sekarang diberi nama melebihi dua patah perkataan. Gabungan nama-nama panjang sebegini diakui menyukarkan proses pendaftaran anak-anak.
Oleh itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi Berita Harian Online hari ini mengehadkan nama tidak melebihi 80 aksara.
Had kepada 80 aksara
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Jasri Kasim, memberitahu ibu bapa dilarang meletak nama anak dengan nama panjang sehingga melebihi 80 aksara. Aksara tersebut termasuklah nama bapa, bin, binti atau simbol seperti koma dan sebagainya.
Ini kerana ruangan nama yang disediakan di borang pendaftaran adalah terhad kepada 80 abjad malah jarak antara perkataan juga dikira sebagai satu abjad.
Oleh itu kita minta ibu bapa untuk mematuhinya dan untuk rekod nama individu yang paling panjang setakat ini adalah 78 aksara.
Tambah beliau lagi, selain nama yang tidak membawa maksud, nama yang panjang juga bakal memberi kesan kepada anak kelak.
Ini menyusahkan anak mereka kelak khususnya ketika berurusan rasmi dengan agensi kerajaan kerana tidak semua jabatan menyediakan ruangan nama yang mencukupi seperti di JPN.
Selain itu kasihan kepada anak yang mempunyai nama panjang kerana setiap kali musim peperiksaan orang lain sudah menjawab beberapa soalan, mereka masih sibuk mengisi nama di kertas soalan.
Nama yang mempunyai pangkat atau gelaran seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Sri, Datuk Patinggi, Datuk Wira, Datuk Bentara Dalam dan Datuk Bentara Luar turut dihalang.
Ini diikuti jawatan haji, imam, nabi, mufti, ketua menteri, gabenor, sarjan, laksamana, hakim atau permaisuri.
Sumber : Berita Harian Online
Sumber 'Nama Terpanjang Yang Pernah Didaftarkan JPN Tahun Lalu’ – Ketua Pengarah JPN
Demikianlah Artikel 'Nama Terpanjang Yang Pernah Didaftarkan JPN Tahun Lalu’ – Ketua Pengarah JPN
Sekianlah artikel 'Nama Terpanjang Yang Pernah Didaftarkan JPN Tahun Lalu’ – Ketua Pengarah JPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.