Judul : Ellie Suriati Luahkan Rasa Tak Puas Hati Sejurus Bekas First Lady, Datin Seri Rosmah Ditahan SPRM
link : Ellie Suriati Luahkan Rasa Tak Puas Hati Sejurus Bekas First Lady, Datin Seri Rosmah Ditahan SPRM
Ellie Suriati Luahkan Rasa Tak Puas Hati Sejurus Bekas First Lady, Datin Seri Rosmah Ditahan SPRM
Semalam, Datin Seri Rosmah ditahan oleh SPRM sejurus hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung 1MDB. Sejurus penahanan tersebut, beberapa orang pengikut Datuk Seri Najib berkumpul tanda protes terhadap apa yang berlaku kepada keluarga bekas Perdana Menteri ini.
Ellie Suriati antara yang hadir lantang mengkritik penahanan tersebut yang disifatkan bermotif dendam. Dakwa dirinya, ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan pemerintah ketika ini.
Seolah ada running ball tidak henti-henti
Ellie Suriati menyifatkan hanya parti politik UMNO saja mampu menjaga semua rakyat yang berbilang kaum ini termasuk Melayu, India, Cina dan lain-lain. Tambahnya lagi, pemimpin Barisan Nasional dan UMNO terutamanya Datuk Seri Najib Razak tidak putus menerima dugaan. Dia turut mempersoalkan punca pendapatan dana politik yang digunakan kerajaan Pakatan Harapan selama ini.
Hanya Barisan Nasional hanyalah satu-satunya parti yang menjaga rakyat pelbagai bangsa. Sekarang ini, Barisan Nasional, pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya sekarang seperti seolah ada satu running ball yang tidak henti-henti terhadap Datuk Najib Razak dan kini Datin Seri Rosmah Mansor tentang dana politik.
Sekarang saya mahu tahu, kerajaan yang memerintah sekarang selama ini dana politik mereka dari mana? Sila jawab.
Sayang betul pada Rosmah
Moga makcik tersedarlah
Artikel diambil dari blog https://ift.tt/2yb9wY7
Artikel berkaitan
‘Saya Pelik Orang Panggil Saya Rasis’ – Ellie Suriati
Pengarah dan pelakon Ellie Suriati pernah mengejutkan ramai pihak apabila muncul di Mahkamah Kuala Lumpur bagi menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dia juga menjerit perkataan ‘Bebas Najib’ sebagai tanda sokongan buat bekas Perdana Menteri itu.
Menurut Sinar Online, Ellie Suriati tegas menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Najib dan dia memilih untuk menjadi pejuang untuk orang Melayu serta agama Islam.
Berani kerana benar
Orang cakap saya makan dedak, orang cakap saya tak laku, orang cakap macam-macam. Bagi saya itu orang cakap. Perjuangan itu harus lebih dari orang cakap dan saya memilih untuk menjadi pejuang kerana prinsip berani kerana benar.
Kenapa saya sokong Datuk Seri Najib sedangkan beliau berhadapan dengan perang persepsi sejak bertahun-tahun lalu. Saya letak tengkuk saya menyokong orang yang ditembak hidup-hidup, namun saya percaya dengan prinsip berani kerana benar.
Dia percaya perjuangan ini penting untuk kepentingan anak bangsa Melayu dan generasi akan datang. Tambahnya pula, semasa Malaysia diperintah Umno, dia tidak banyak berjuang dalam hal politik sebaliknya hanya fokus kepada hasil karya seni.
Tetapi benar kata Datuk Seri Najib, apabila Umno tidak berkuasa, orang-orang Melayu dan agama Islam akan tercabar… Orang Melayu bakal jadi bangsat di negara sendiri. Bagi saya Umno bukanlah parti rasis tetapi Umno sebuah parti yang menjaga perpaduan kaum… bila hak sama rata ini dikempenkan ini sama sekali tindakan tidak baik untuk membina negara yang mencintai sesebuah negara.
Umno parti keramat
Dia juga memikirkan nasib orang Melayu dan apa yang bakal berlaku terhadap orang Melayu di negara sendiri selepas kekalah parti Barisan Nasional dalam PRU14 lalu.
Saya ingin menyentuh tentang kempen sama rata PH, saya sangat gusar dengan hak sama rata… kedengarannya memang lunak tetapi ia bakal memecah-belahkan kaum atas kehendak sama rata ini. Rakyat harus tahu apa sebenarnya hak sama rata.
Atas dasar kesedaran nasib Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, saya masuk Umno kerana itu adalah parti keramat. Saya kaji parti-parti lain dan kaji sosok pemimpin. Saya pelik orang panggil saya rasis. Ketirisan hak melayu berlaku setiap hari.
Sumber: Sinar Online
Sumber Ellie Suriati Luahkan Rasa Tak Puas Hati Sejurus Bekas First Lady, Datin Seri Rosmah Ditahan SPRM
Demikianlah Artikel Ellie Suriati Luahkan Rasa Tak Puas Hati Sejurus Bekas First Lady, Datin Seri Rosmah Ditahan SPRM
Sekianlah artikel Ellie Suriati Luahkan Rasa Tak Puas Hati Sejurus Bekas First Lady, Datin Seri Rosmah Ditahan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.