Wang tunai RM900,000 disita, tiga termasuk Pengarah JPS Perlis ditahan SPRM

Wang tunai RM900,000 disita, tiga termasuk Pengarah JPS Perlis ditahan SPRM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Wang tunai RM900,000 disita, tiga termasuk Pengarah JPS Perlis ditahan SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wang tunai RM900,000 disita, tiga termasuk Pengarah JPS Perlis ditahan SPRM
link : Wang tunai RM900,000 disita, tiga termasuk Pengarah JPS Perlis ditahan SPRM

Baca juga


Wang tunai RM900,000 disita, tiga termasuk Pengarah JPS Perlis ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis bersama dua individu kerana dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Suspek berusia 60 tahun itu disyaki telah menerima wang rasuah sebanyak 10 peratus bagi setiap projek yang dianugerahkan oleh JPS Perlis kepada kontraktor-kontraktor dilantik sejak tahun 2014 hingga 2017.

Turut ditahan dalam operasi yang dilancarkan oleh SPRM adalah dua pemilik syarikat berusia 50 dan 39 masing-masing yang dipercayai telah bersubahat dengan pengarah tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata siasatan dimulakan selepas SPRM menerima menerima laporan berhubung perbuatan pengarah tersebut.

Beliau berkata, siasatan masih di peringkat awal dan pasukan penyiasat kini dalam proses meneliti dokumen-dokumen yang dirampas bagi membantu siasatan.

Susulan penahanan suspek, pasukan penyiasat juga mendapati pengarah tersebut juga telah menggunakan nama sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan untuk melaksanakan projek-projek yang dianugerahkan oleh JPS.

Difahamkan, siasatan juga mendapati saspek pengarah itu telah memindahkan sejumlah wang rasuah yang diperolehi dengan menyalahgunakan jawatannya itu ke beberapa akaun miliknya dan saudara-mara.

SPRM juga telah merampas wang tunai berjumlah hampir RM900,000 di rumah salah seorang pemilik syarikat yang ditahan.

Selain itu, pasukan penyiasat telah menyita empat akaun bank yang mempunyai wang berjumlah RM 2.9 juta yang dipercayai telah diperolehi melalui perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketiga-tiga suspek yang ditahan di SPRM Kedah dijangka akan dihadapkan di mahkamah Alor Setar pada Selasa untuk direman bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.



Sumber Wang tunai RM900,000 disita, tiga termasuk Pengarah JPS Perlis ditahan SPRM


Demikianlah Artikel Wang tunai RM900,000 disita, tiga termasuk Pengarah JPS Perlis ditahan SPRM

Sekianlah artikel Wang tunai RM900,000 disita, tiga termasuk Pengarah JPS Perlis ditahan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: