Usaha kesan, tahan Muhammad Riduan diteruskan - KPN

Usaha kesan, tahan Muhammad Riduan diteruskan - KPN - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Usaha kesan, tahan Muhammad Riduan diteruskan - KPN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usaha kesan, tahan Muhammad Riduan diteruskan - KPN
link : Usaha kesan, tahan Muhammad Riduan diteruskan - KPN

Baca juga


Usaha kesan, tahan Muhammad Riduan diteruskan - KPN

KUALA LUMPUR: Usaha mengesan dan menahan Muhammad Riduan Abdullah, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya M. Indira Gandhi, masih diteruskan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata usaha mengesan Muhammad Riduan yang sebelum ini dikenali sebagi K. Pathmanathan, masih berterusan sejak 2014 berdasarkan waran untuk pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.

"Malangnya, pihak kami masih gagal dalam usaha tersebut walaupun satu kenyataan media telah dikeluarkan bagi mendapat kerjasama orang ramai.

"Polis turut memaklumkan kepada peguam yang mewakili Indira Gandhi tentang segala langkah yang telah diambil bagi mengesan Muhammad Riduan," katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Persetujuan kedua ibu bapa perlu bagi penukaran agama anak kepada Islam

BACA: PDRM keluar waran tahan Muhd Riduan - KPN

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Indira Gandhi bahawa pihak polis tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak mencari dan menahan bekas suaminya, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan mereka kepadanya.

Sehubungan itu, Mohamad Fuzi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Riduan atau lelaki itu sendiri supaya tampil memberi kerjasama.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.

Ketiga-tiga anak mereka iaitu dua perempuan dan seorang lelaki kini berusia 20, 19, dan sembilan tahun. Muhammad Riduan, 47, telah menukar agama anak-anak mereka kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan Indira Gandhi, selepas dia memeluk Islam.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira Gandhi hak penjagaan sepenuhnya terhadap ketiga-tiga anaknya dan memerintahkan Muhammad Ridhuan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya.

-- BERNAMA



Sumber Usaha kesan, tahan Muhammad Riduan diteruskan - KPN


Demikianlah Artikel Usaha kesan, tahan Muhammad Riduan diteruskan - KPN

Sekianlah artikel Usaha kesan, tahan Muhammad Riduan diteruskan - KPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: