TERKINI: Farid Kamil Direman 4 Hari

TERKINI: Farid Kamil Direman 4 Hari - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang TERKINI: Farid Kamil Direman 4 Hari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TERKINI: Farid Kamil Direman 4 Hari
link : TERKINI: Farid Kamil Direman 4 Hari

Baca juga


TERKINI: Farid Kamil Direman 4 Hari

 
Ini merupakan update terkini tentang isu yang berlaku kepada Datuk Farid Kamil. Berita ini dilaporkan oleh Harian Metro.

Pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari hari ini direman empat hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai menampar anggota polis trafik selain menendang dua orang awam di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Farid Kamil yang memakai baju lokap berwarna ungu telah tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis pada 10.07 pagi sebelum diiiringi anggota polis ke kamar Mahkamah Majistret pada 10.35 pagi untuk prosiding reman berkenaan.

Prosiding itu mengambil masa 15 minit sebelum beliau dibawa keluar pada 10.50 pagi.

Turut kelihatan di sana, adalah adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Dalam kejadian pada 1.20 tengah hari semalam, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Farid dikatakan mengamuk setelah ditunjukkan artikel "300 Artis Pinjam Ah Long" di telefon bimbit.

Selain menampar polis, suami kepada pelakon, Diana Danielle itu dikatakan berkelakuan ganas dengan menendang dua orang awam di lokasi sama.

Difahamkan, sebelum kejadian tercetus di balai polis itu, beliau dijumpai tidak memakai baju cuba menahan kereta yang lalu lalang sebelum dibantu seorang  lelaki di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 12.30 tengah hari.

Lelaki tersebut membawa Farid Kamil ke balai polis.

Sumber: Harian Metro


Demikianlah Artikel TERKINI: Farid Kamil Direman 4 Hari

Sekianlah artikel TERKINI: Farid Kamil Direman 4 Hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :