Suspek kes bunuh di stesen minyak lari ke Thailand

Suspek kes bunuh di stesen minyak lari ke Thailand - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Suspek kes bunuh di stesen minyak lari ke Thailand, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek kes bunuh di stesen minyak lari ke Thailand
link : Suspek kes bunuh di stesen minyak lari ke Thailand

Baca juga


Suspek kes bunuh di stesen minyak lari ke Thailand

Seorang lelaki berumur 40-an mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta dalam kejadian pada 17 Dis 2017. — Foto ihsan polisSeorang lelaki berumur 40-an mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta dalam kejadian pada 17 Dis 2017. — Foto ihsan polisBANGKOK, 10 Jan — Beberapa suspek dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang lelaki di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru yang viral Disember tahun lepas,  dikesan telah melarikan diri ke Thailand dan bersembunyi di negara jiran itu.

Pengarah Jabatan  Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, usaha sedang dilakukan untuk mengesan dan menangkap kesemua mereka menerusi bantuan Polis Diraja Thailand (RTP).

“Kami percaya beberapa orang daripada mereka melarikan diri ke sini. Kita sudah mendapat rekod kemasukan mereka (ke Thailand) dan  seorang daripada yang diburu itu adalah suspek utama (kes berkenaan),” katanya kepada Bernama dalam temuramah di sini hari ini.

Pihak Bukit Aman, menurutnya, berkeyakinan kesemua suspek yang melarikan diri ke Thailand itu akan berjaya dijejaki dan seterusnya ditangkap serta dibawa balik ke Malaysia untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

“Hanya tunggu masa sahaja (penangkapan suspek yang melarikan diri ke Thailand),” katanya dan menambah, selain rekod kemasukan  ke Thailand, pihak Bukit Aman juga mempunyai foto  serta pelbagai maklumat dan dokumen mereka.

Ini ditambah pula reaksi balas yang amat positif daripada pihak RTP terhadap permintaan bantuan daripada Bukit Aman untuk memburu dan menangkap kesemua suspek yang kini bersembunyi di Thailand itu.

“Mereka (RTP) amat positif terhadap permintaan kita. Saya berkeyakinan,” kata Wan Ahmad Najmuddin, dan menambah, timbalannya serta pegawai perhubungan Polis Diraja Malaysia di Thailand akan mengkoordinasi usaha mengesan dan menangkap kesemua suspek itu di Thailand.

Dalam kejadian yang berlaku pada 17 Dis tahun lepas, seorang lelaki berusia 44 tahun   ditikam dan dilanggar oleh sebuah kereta mewah BMW berwarna putih dalam kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di bandar raya itu.

Kejadian pembunuhan kejam itu turut dirakam oleh pelanggan stesen minyak itu dan  menjadi viral di laman-laman sosial.

Polis  menahan 14 orang untuk siasatan, dengan 11 daripada mereka telah pun dibebaskan manakala seorang yang masih ditahan polis merupakan suspek utama kes pembunuhan yang menggemparkan seluruh negara itu.

Menurut Wan Ahmad Najmuddin, polis percaya kes tersebut telah pun berjaya diselesaikan kerana pihaknya mempunyai segala bukti untuk mendakwa di mahkamah  seorang daripada suspek yang  masih ditahan. 

Suspek yang masih ditahan reman itu dipercayai merupakan individu yang bertanggungjawab menikam mangsa, katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan polis menunjukkan kejadian pembunuhan itu telah dirancang dengan teliti dengan terdapat individu dalam kumpulan itu yang ditugaskan untuk mengekori dan membocorkan tayar kereta mangsa di stesen minyak itu.

Kejadian pembunuhan kejam itu katanya, berpunca daripada perbalahan berkenaan baki hutang mangsa sebanyak RM50,000 dan bukan akibat pergaduhan berkenaan perebutan kawasan antara dua kumpulan samseng sebagaimana diperkatakan sebelum ini.   

“Ia bukan ‘gang war’,” menurut beliau. — Bernama



Sumber Suspek kes bunuh di stesen minyak lari ke Thailand


Demikianlah Artikel Suspek kes bunuh di stesen minyak lari ke Thailand

Sekianlah artikel Suspek kes bunuh di stesen minyak lari ke Thailand kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: