Suri rumah koma, mangsa ragut dua beradik

Suri rumah koma, mangsa ragut dua beradik - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Suri rumah koma, mangsa ragut dua beradik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suri rumah koma, mangsa ragut dua beradik
link : Suri rumah koma, mangsa ragut dua beradik

Baca juga


Suri rumah koma, mangsa ragut dua beradik

MACHANG: Seorang suri rumah koma selepas terjatuh motosikal sehingga parah di kepala dan patah tangan kiri akibat diragut dua beradik di Kampung Sri Rebana, Machang, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, Maria Erianty Zakaria, 40, dari Perumahan Sri Selising, Machang kemudiannya dibawa ke Hospital Machang untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani, berkata dua beradik itu berusia 26 tahun dan 14 tahun yang meragut mangsa ditahan sejurus kejadian.

Katanya, mereka ditahan selepas motosikal jenis SYM yang ditunggang terbabas ketika dikejar penduduk kampung yang menyaksikan kejadian itu.

"Sebelum kejadian, suspek mengekori mangsa yang menunggang motosikal sendirian sejauh dua kilometer dari Kampung Sri Rebana menghala ke Kampung Wek.

"Sebaik tiba di lokasi, suspek bersama seorang daripadanya meragut beg tangan mangsa yang diletak dalam raga motosikal.

"Mangsa terjatuh dan beberapa penduduk kampung yang menyaksikan kejadian terus mengejar suspek dengan motosikal menyebabkan dua beradik itu terbabas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, hari ini.

Dzulkifli berkata, hasil siasatan awal, suspek berusia 26 tahun memiliki rekod jenayah lampau berkaitan curi dan kedua-duanya juga positif dadah jenis methamphetamine.

"Kami sedang membuat permohonan reman ke atas suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

"Kami merampas SYM ditunggang suspek bagi membantu siasatan selain menemui semula beg tangan mangsa," katanya.



Sumber Suri rumah koma, mangsa ragut dua beradik


Demikianlah Artikel Suri rumah koma, mangsa ragut dua beradik

Sekianlah artikel Suri rumah koma, mangsa ragut dua beradik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: