Judul : Suami isteri maut pikap bertembung lori
link : Suami isteri maut pikap bertembung lori
Suami isteri maut pikap bertembung lori
MIRI: Pasangan suami isteri maut selepas pikap yang mereka naiki bertembung dengan lori di kilometer 86 Jalan Miri-Bintulu pagi tadi.
Dalam kemalangan jam 9.30 pagi, pemandu pikap Ling Miew Chong, 65, dan isterinya, Chai Ching Ching, 61, meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu lori, Lai Then Sen, 56, pula tidak cedera.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok John, berkata pikap yang dipandu pasangan yang terbunuh datang dari arah Miri menghala ke Bintulu.
"Kenderaan itu dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori dari arah bertentangan," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa yang terbunuh dihantar ke rumah mayat Hospital Miri untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41, (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber Suami isteri maut pikap bertembung lori