Sampaikan mesej Anwar, jejas tempoh tahanan, kata KDN

Sampaikan mesej Anwar, jejas tempoh tahanan, kata KDN - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sampaikan mesej Anwar, jejas tempoh tahanan, kata KDN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sampaikan mesej Anwar, jejas tempoh tahanan, kata KDN
link : Sampaikan mesej Anwar, jejas tempoh tahanan, kata KDN

Baca juga


Sampaikan mesej Anwar, jejas tempoh tahanan, kata KDN

Nur Jazlan berkata sekiranya ada pihak ketiga membawa kenyataan Anwar, tindakan boleh diambil termasuk dilarang lagi mengadakan pertemuan. ― Foto oleh Yusof Mat IsaNur Jazlan berkata sekiranya ada pihak ketiga membawa kenyataan Anwar, tindakan boleh diambil termasuk dilarang lagi mengadakan pertemuan. ― Foto oleh Yusof Mat IsaJOHOR BAHRU, 12 Jan ― Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mempersoalkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan meskipun  Ketua  Umum PKR itu masih dalam tempoh tahanan.

Menurutnya, ini kerana sebarang bentuk komunikasi yang dikeluarkan oleh seorang banduan adalah dikawal dan perlu mendapat kebenaran oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara.

“Sejak akhir-akhir ini, saya melihat banyak kenyataan dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar dan (saya tertanya) adakah kenyataan itu benar dikeluarkan oleh beliau,” kata Nur Jazlan kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Ulang Tahun Persatuan Kebajikan Anak Minangkabau negeri Johor kali ke-7 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata antara kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Anwar termasuk PKR bersetuju secara prinsip dan mendapat ‘restu’ dengan cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

“Adakah benar, beliau memberi kenyataan mengenakan tiga syarat untuk Tun Dr Mahathir menjadi calon perdana menteri serta Ketua Pakatan Harapan.

“Kalau ada orang tengah yang membawa mesej daripada Anwar yang tidak diluluskan oleh Jabatan Penjara, ia merupakan satu kesalahan yang boleh memberikan impak kepada tempoh tahanannya,” tambah beliau.

Selain itu, Nur Jazlan berkata sekiranya ada pihak ketiga yang membawa kenyataan daripada Anwar, tindakan boleh diambil termasuk hukuman tidak dibenarkan lagi berjumpa Anwar.

Baru-baru ini, PKR dilaporkan menetapkan syarat terhadap Dr Mahathir untuk menjadi perdana menteri.

Antara syarat-syarat yang dikenakan termasuk membebaskan Anwar dengan segera serta melantik beliau sebagai perdana menteri dalam tempoh enam hingga 12 bulan sebaik sahaja PH mengambil alih Putrajaya selepas PRU14 serta Dr Mahathir perlu bersetuju untuk melakukan reformasi kepada institusi-institusi penting di negara ini. ― Bernama



Sumber Sampaikan mesej Anwar, jejas tempoh tahanan, kata KDN


Demikianlah Artikel Sampaikan mesej Anwar, jejas tempoh tahanan, kata KDN

Sekianlah artikel Sampaikan mesej Anwar, jejas tempoh tahanan, kata KDN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: