Judul : Peminat gembira Rajinikanth umum masuk politik
link : Peminat gembira Rajinikanth umum masuk politik
Peminat gembira Rajinikanth umum masuk politik
LEGENDA filem India, Rajinikanth akhirnya menamatkan penantian peminatnya di Tamil Nadu selepas mengumumkan penyertaan beliau dalam dunia politik, pada Ahad.Pelakon berusia 67 tahun itu dilapor akan membentuk parti politiknya sendiri dan akan bertanding pada pilihan raya akan datang.
“Saya akan membentuk parti politik sendiri dan parti saya akan bertanding di semua 234 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihan raya akan datang pada 2021.
“Saya tidak melakukannya kerana jawatan, wang atau kemasyhuran kerana saya sudah memilikinya,” kata Rajinikanth kepada penyokongnya di sebuah dewan di Chennai, ibu kota Tamil Nadu.Aktor yang digelar sebagai Superstar itu juga berkata, menjadi tugasnya untuk mengubah sistem di negeri Tamil Nadu itu.
"Saya akan berjuang untuk politik kerohanian tanpa kecenderungan terhadap mana-mana kasta atau agama.
"Sekiranya saya berkuasa dan tidak mampu menunaikan janji saya dalam masa tiga tahun, saya akan letak jawatan. Demokrasi di negeri ini ketika ini berada dalam kedukaan," katanya.
Pengumuman itu disambut dengan meriah oleh peminatnya yang membakar bunga api dan melaungkan slogan untuk Rajinikanth di luar dewan.
Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen termasuk pengguna Twitter melahirkan rasa teruja mereka dan yakin pelakon itu akan mengubah masa depan negeri itu.
Turut mengucapkan 'semoga berjaya' kepada Rajinikanth ialah pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan, yang juga merupakan kawan baik beliau.
Sumber Peminat gembira Rajinikanth umum masuk politik