Pasukan bola sepak tempatan bakal terima 'bayaran' penyiaran

Pasukan bola sepak tempatan bakal terima 'bayaran' penyiaran - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pasukan bola sepak tempatan bakal terima 'bayaran' penyiaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasukan bola sepak tempatan bakal terima 'bayaran' penyiaran
link : Pasukan bola sepak tempatan bakal terima 'bayaran' penyiaran

Baca juga


Pasukan bola sepak tempatan bakal terima 'bayaran' penyiaran

JOHOR BAHRU: Pasukan-pasukan bola sepak tempatan bakal menerima 'bayaran' daripada agihan hak penyiaran di iflix, yang dijangka bernilai RM30 juta setahun, bermula tahun ini, titah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda yang juga Pengerusi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) bertitah ia bakal dinikmati semua pasukan bola sepak Malaysia yang bertanding dalam Liga Malaysia selama 10 tahun.

Tunku Ismail bertitah hak penyiaran berkenaan adalah hasil jalinan kerjasama yang dimeterai antara FMLLP dengan syarikat ekonomi digital antarabangsa, iflix.

"Apa sahaja duit hak penyiaran akan diagihkan kepada semua pasukan yang bertanding dalam negara ini, sekali gus boleh membantu kita menstruktur semula industri bola sepak negara.

"Hak penyiaran adalah penting kerana kalau kita lihat, industri bola sepak negara kita mempunyai masalah kewangan dan profesionalisme. Kerjasama bersama iflix hanyalah satu permulaan... kita akan ada banyak lagi jalinan kerjasama dalam membantu meningkatkan mutu bola sepak negara," titah baginda kepada pemberita selepas majlis menandatangani kerjasama FMLLP bersama iflix, di sini pada Isnin.

Tunku Ismail bertitah kerjasama itu turut membuka ruang bagi FAM dan FMLLP untuk membanteras rasuah sekali gus membentuk sikap integriti di kalangan penggiat industri bolasepak tempatan.

Selain itu, pemain juga akan lebih berusaha keras dalam menarik lebih ramai pelabur ke dalam pasukan agar pasukan mereka mempunyai kestabilan kewangan dan tidak bergantung kepada duit kerajaan.

"Dengan bimbingan FAM dan FMLLP, kita akan memastikan mereka menggunakan wang yang mereka dapat untuk menambahbaik pasukan mereka sendiri terutamanya dalam soal berkaitan infrastruktur," titah Tunku Ismail.

Sementara itu, kerjasama yang dijalin bersama iflix akan memberi peluang kepada para peminat bola sepak negara menonton penstriman secara langsung setiap perlawanan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA terpilih secara eksklusif di saluran 'Football Malaysia on iflix'.

Bermula 3 Feb 2018, peminat bola sepak seluruh negara akan mendapat akses kepada keseluruhan musim pertandingan termasuk 22 perlawanan dengan enam perlawanan setiap minggu untuk Liga Super, 74 perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia serta perlawanan Liga Premier yang terpilih selain Piala Sumbangsih.

Selain itu, mereka boleh mengakses ciri baharu termasuksorotan perlawanan dan temu bual pemain.

Setiap pengguna juga boleh menonton empat perlawanan Liga Super setiap minggu secara penstriman secara langsung yang kesemuanya 46 perlawanan dan Liga Premier terpilih secara percuma, tanpa mengira status langganan.

-- BERNAMA



Sumber Pasukan bola sepak tempatan bakal terima 'bayaran' penyiaran


Demikianlah Artikel Pasukan bola sepak tempatan bakal terima 'bayaran' penyiaran

Sekianlah artikel Pasukan bola sepak tempatan bakal terima 'bayaran' penyiaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: