Judul : Najib, keluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi Muhammad SAW
link : Najib, keluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi Muhammad SAW
Najib, keluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi Muhammad SAW
"Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas Solat Isya' di Masjid Nabawi (di Madinah).
"Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk Bonda (Tun Rahah Mohammad Noah) memasuki makam Rasulullah.
"Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad dan diberi penghormatan berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi sahaja, dan tidak ramai mendapat peluang tersebut," katanya menerusi akaun Facebook @najibrazak pada Rabu.Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi bermula Selasa hingga 12 Jan ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi.
Menurutnya lawatan itu bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia tahun lalu.
Selain itu, adalah menjadi hasrat perdana menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja tersebut, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Sumber Najib, keluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi Muhammad SAW
Demikianlah Artikel Najib, keluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi Muhammad SAW
Sekianlah artikel Najib, keluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi Muhammad SAW kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.