Judul : Mercun ‘air bomb’ meletup depan gereja, tiga pengunjung cedera
link : Mercun ‘air bomb’ meletup depan gereja, tiga pengunjung cedera
Mercun ‘air bomb’ meletup depan gereja, tiga pengunjung cedera
PETALING JAYA, 1 Jan — Tiga pengunjung sebuah gereja termasuk seorang rakyat Zimbabwa cedera terkena lontaran mercun.
Suami isteri, 48 dan 45 tahun cedera di belakang badan dan kening serta manakala pelajar lelaki warga Zimbabwe, 25 tahun, melecur di dahi, lapor Berita Harian.
“Balingan mercun jatuh dan meletup di bahu jalan sementara satu lagi meletup di bahagian depan pintu masuk gereja,” kata ketua polis daerah Petaling Jaya.
ACP Mohd Zani Che Din berkata kejadian selepas upacara agama sempena tahun baru, dilakukan sekumpulan lelaki bermotosikal yang sebelum itu dikejar kumpulan lain, sekitar jam 12.45 malam.
Mahu meneliti rakaman CCTV bagi memburu suspek, beliau berkata letupan dipercayai berpunca daripada mercun jenis “air bomb”.
“Setakat ini, kita percaya insiden ini tidak bermotifkan sabotaj gereja atau unsur kebencian di antara agama, memandangkan provokasi antara kedua-dua kumpulan motosikal secara kebetulan berlaku di depan gereja,” katanya.
Sumber Mercun ‘air bomb’ meletup depan gereja, tiga pengunjung cedera