MB: Mahu PM 92 tahun? Dr M bukan macam dulu

MB: Mahu PM 92 tahun? Dr M bukan macam dulu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang MB: Mahu PM 92 tahun? Dr M bukan macam dulu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB: Mahu PM 92 tahun? Dr M bukan macam dulu
link : MB: Mahu PM 92 tahun? Dr M bukan macam dulu

Baca juga


MB: Mahu PM 92 tahun? Dr M bukan macam dulu

Dr Mahathir sekiranya dilantik perdana menteri akan lebih mementingkan agenda parti yang ditunjangi anaknya berbanding kepentingan rakyat, kata Ahmad Bashah. — Foto oleh Ahmad ZamzahuriDr Mahathir sekiranya dilantik perdana menteri akan lebih mementingkan agenda parti yang ditunjangi anaknya berbanding kepentingan rakyat, kata Ahmad Bashah. — Foto oleh Ahmad ZamzahuriALOR SETAR, 12 Jan — Rakyat perlu menilai dengan bijak keupayaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin negara, memandangkan bekas perdana menteri itu kini telah berusia 92 tahun, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata keupayaan Dr Mahathir untuk memimpin negara tidak akan sama seperti ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun semasa berada dalam Umno.

 “Jadi  terpulang kepada rakyat. Saya yakin rakyat dapat menilai kemampuan dia kerana kita nak menuju ke negara yang lebih maju, yang lebih dinamik.

“Jadi kalau kita dah tau sejarah 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri dan hari ini dah keluar pelbagai agenda yang tersembunyi selama 22 tahun yang sudah diketahui rakyat, maka rakyat kena menilai semula,” katanya kepada pemberita pada Program Penutup Siri jelajah IMAN 2.0  dan Program Turun Padang di Kampung Darat di sini hari ini.

Pada Ahad lepas Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri jika pakatan itu memenangi pilihan raya umum ke-14, manakala Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Ahmad Bashah juga yakin Dr Mahathir sekiranya dilantik sebagai perdana menteri beliau lebih mementingkan agenda parti yang ditunjangi anaknya Datuk Seri Mukhriz lebih daripada kepentingan rakyat.

“Sekarang ini kita lihat Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak disebut nama dan disisihkan demi agenda politik beliau...mana Muhyiddin sedangkan dia Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dulu,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah itu berkata Umno dan Barisan Nasional sudah bersedia dalam segala persiapan untuk berdepan dengan PH pada Pilihan raya Umum ke-14 yang dilihat bersungguh-sungguh untuk mengambil alih kerajaan.

“Tiap kali berdepan pilihan raya, mereka bersungguh-sungguh tetapi rakyat tetap menolak...namun BN juga tidak boleh leka dan juga perlu bersungguh-sungguh untuk memperkemaskan jentera parti bagi memastikan jentera kita mantap.

“Itu bukan bermakna kita takut kepada pakatan tetapi ia perlu dilakukan dalam nak berdepan PRU yang akan membabitkan seramai 1.2 juta pengundi di Kedah,” katanya. — Bernama



Sumber MB: Mahu PM 92 tahun? Dr M bukan macam dulu


Demikianlah Artikel MB: Mahu PM 92 tahun? Dr M bukan macam dulu

Sekianlah artikel MB: Mahu PM 92 tahun? Dr M bukan macam dulu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :