Judul : Mahathir hasut guling PM, Pemuda Umno lapor polis
link : Mahathir hasut guling PM, Pemuda Umno lapor polis
Mahathir hasut guling PM, Pemuda Umno lapor polis
Pemuda Umno membuat laporan di balai polis Dang Wangi berikutan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mahu menggulingkan perdana menteri. KUALA LUMPUR, 2 Jan — Pemuda Umno membuat laporan polis mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad menghasut rakyat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan berkata bekas perdana menteri membuat kenyataan mempengaruhi rakyat untuk berbuat demikian tanpa proses demokratik.
“Kami mendapati dan percaya bahawa tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menggulingkan perdana menteri menyalahi undang-undang sedia ada...”
“Dan akan menyebabkan kestabilan dan kemanan negara tergugat,” kata Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii yang meminta polis segera menyiasat bekas presiden Umno itu.
Laporan dibuat di balai polis Jalan Dang Wangi, jam 12 tengah hari tadi. Beberapa exco Pemuda dan penyokong turut hadir.
Sumber Mahathir hasut guling PM, Pemuda Umno lapor polis