Lawatan ke Arab Saudi kukuhkan hubungan dua hala - PM Najib

Lawatan ke Arab Saudi kukuhkan hubungan dua hala - PM Najib - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lawatan ke Arab Saudi kukuhkan hubungan dua hala - PM Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lawatan ke Arab Saudi kukuhkan hubungan dua hala - PM Najib
link : Lawatan ke Arab Saudi kukuhkan hubungan dua hala - PM Najib

Baca juga


Lawatan ke Arab Saudi kukuhkan hubungan dua hala - PM Najib

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menyifatkan lawatan beliau ke Arab Saudi telah mencapai matlamat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan negara itu.

Perdana Menteri berkata dalam pertemuan dua hala beliau dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, mereka telah membincangkan perkara yang dipersetujui ketika kunjungan baginda ke Malaysia, tahun lepas.

"Antaranya kerjasama ekonomi, keselamatan, perkara berkaitan ibadah Haji selain penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya.

"Bercakap tentang hubungan kedua-dua negara ini, persaudaraan antara Malaysia dengan Arab Saudi telah terjalin lama, tetapi bertambah akrab lagi dengan kunjungan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia tahun lalu, negara pertama dikunjungi baginda di Asia," kata Najib menerusi catatan di laman rasmi blog beliau, Khamis malam.

Najib berkata hasil kunjungan Raja Salman ke Malaysia, negara telah menerima banyak manfaat sama ada dalam pendidikan, perniagaan, pelaburan, dan juga keagamaan.

"Pada masa sama, saya juga telah dijemput oleh baginda Raja Salman untuk berkunjung ke Arab Saudi.

"Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT jua, minggu ini saya berpeluang memenuhi jemputan tersebut selain berkesempatan mengerjakan umrah bersama bonda Tun Rahah serta keluarga tercinta," kata Najib.

Dalam pada itu, Najib turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Raja Salman atas layanan istimewa dan taraf Tetamu Negara yang diberikan kepada beliau serta seluruh anggota rombongan.

"Kami diberi penghormatan berkunjung ke makam Rasulullah SAW, dan saya juga berpeluang memasuki Kaabah. Syukur Alhamdulillah.

"Semoga hubungan persaudaraan ini akan terus terjalin erat dan bertambah kukuh lagi di masa hadapan, insya-Allah," tambah Najib. -- Bernama



Sumber Lawatan ke Arab Saudi kukuhkan hubungan dua hala - PM Najib


Demikianlah Artikel Lawatan ke Arab Saudi kukuhkan hubungan dua hala - PM Najib

Sekianlah artikel Lawatan ke Arab Saudi kukuhkan hubungan dua hala - PM Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :